13 Jentera CB1000R Neo Retro Sports Cafe Alami Proses Ubahsuai!

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Honda CB1000R Neo Retro Sports Cafe telah mendapat tempat di hati peminat jentera dua roda di Malaysia. Manakan tidak, dengan rekaan ala retro dan suntikan moden memperlihatkan model yang luar biasa.

Bagi merancakkan lagi penghasilan CB1000R, Honda Motor Europe Iberia telah melancarkan pertandingan Honda Garage Dreams bagi pengedar melakukan pengubahsuaian dengan objektif utama adalah menghasilkan jentera CB1000R terbaik!

Maka terhasillah 13 jentera CB1000R yang memiliki rekaan unik dan berbeza antara satu sama lain!

Antara syarat pertandingan adalah, setiap pengedar hanya dibenarkan untuk membelanjakan tidak lebih daripada USD3,400 (RM13,863) untuk barang gantian dan perlu menunjukkan invois sebagai bukti. Pemenang akan diumumkan pada 7 April ini.

Berikut 13 motosikal CB1000R Neo Retro Sports Cafe yang telah diubahsuai:

1) Honda Hakuba Motor

2) Honda Otobai

3) Honda Motor Sport

4) Honda Impala

5) Servi Honda

6) Honda Autoferro

7) Honda Motos Ortasa

8) Honda Towca

9) Honda Motorway

10) Honda Motorcircuit

11) Honda Mototrofa

12) Honda Mallorca Motos

13) Honda VC Moto Sabadell

(Sumber: Honda Garage Dream Contest)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.