Tips Menunggang Dalam Keadaan Berjerebu

  • Tidak cukup dengan cuaca yang panas terik, kini kita berdepan pula dengan jerebu.
  • Di sini kami senaraikan beberapa tips ringkas bagi melindungi diri anda ketika menunggang.
  • Kurangkan pendedahan anda terhadapnya sebanyak yang anda mampu.

Penunggang motosikal di Malaysia sering menghadapi cabaran cuaca yang tidak berkesudahan, bukan? Jika sebelum ini kita terpaksa menunggang di bawah cuaca yang panas terik, kini, kita berdepan pula dengan jerebu.

Di sini kami senaraikan beberapa buah tips yang ringkas bagi melindungi diri anda daripada keadaan cuaca ini.

1. Pakai balaclava. Pakai balaclava bagi melindungi hidung dan mulut anda, serta menapis sebarang kotoran. Selain itu, ia juga menghindarkan habuk dan melindungi leher anda. Walaupun ianya kurang berkesan berbanding dengan topeng surgikal dalam menapis asap, ianya lebih mudah dimuatkan dalam helmet.

2. Topeng menunggang/topeng surgikal. Topeng menunggang atau topeng surgikal adalah pilihan yang terbaik. Terdapat pelbagai jenis topeng yang ada. Ada antaranya yang telah diseduh arang aktif, jenis N95 untuk penapisan muktamad. Carilah mana satu yang sesuai untuk anda. Kekurangan topeng ini adalah ia mudah tertanggal sewaktu anda membuka helmet anda.

3. Minum air. Minum air dengan banyak. Minuman yang terbaik sekali bagi menghadapi jerebu adalah air masak/putih. Anda juga boleh menggunakan air itu untuk membasuh muka. Jika ingin tahu minuman apa yang paling sesuai (dan yang perlu anda elakkan). Sila rujuk artikel kami yang sebelum ini DI SINI.

4. Ubat titik mata. Dapatkan satu botol kecil dan simpan dalam poket anda. Ia benar-benar membantu mengelakkan kerengsaan pada mata anda, dan mengelakkan anda daripada terpaksa mengecilkan mata sewaktu menunggang.

5. Berhenti merokok. Kami tahu, ianya amat sukar bagi perokok untuk mengikuti tips ini. Tetapi, sewaktu berlaku jerebu inilah merupakan masa yang paling sesuai untuk berhenti merokok, atau setidak-tidaknya untuk mengurangkan diri daripada merokok.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]