Motul FIM WorldSBK 2019: Kemenangan Keenam Daripada Enam Perlumbaan Buat Bautista Dan Ducati!

Bautista – Sumber imej: bola.net
  • Alvaro Bautista dan Ducati telah meneruskan dominasi mereka dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan pada hujung minggu ini di Litar Buriram di Thailand.
  • Ini menjadikannya enam kemenangan dari enam buah perlumbaan setakat ini.
  • Juara bertahan, Jonathan Rea merupakan saingan paling sengit Bautista namun tidak mampu mengatasinya.

Alvaro Bautista berjaya mengemudi jentera Ducati Panigale V4 R-nya bagi mengutip mata maksimum selepas 6 perlumbaan dalam kejohanan Motul FIM WorldSBK 2019, setelah memenangi ketiga-tiga perlumbaan di Litar Buriram di Thailand.

Perlumbaan 1

Bautista yang sedang dikejar Rea

Juara bertahan Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) berjaya memintas Bautista di Selekoh 1. Bautista berjaya mengejar semula pada pusingan ketiga di Selekoh 3, namun Rea memintas semula dari sebelah dalam, dan mereka berdua bertembung. Bautista berjaya mengawal semula motosikal, namun pertembungan tersebut membolehkan Alex Lowes (Pata Yamaha WorldSBK Team) untuk memintasnya.

Penunggang dari Sepanyol itu memintas semula Lowes pada pusingan 4 dan mula mengejar Rea. Bautista berjaya mndekati Rea dan memintasnya dengan berbakikan 12 pusingan dan berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga tamat perlumbaan. Dia menjarakkan diri dari pesaingnya bagi menamatkan perlumbaan dengan jarak masa 8.2 saat di hadapan.

  1. Alvaro Bautista (ARUBA.IT Ducati Racing)
  2. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK)
  3. Alex Lowes (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  4. Michael van der Mark (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  5. Leon Haslam (Kawasaki Racing Team WorldSBK)

Perlumbaan Superpole Tissot

Jonathan Rea – Sumber imej: asphaltandrubber

Rea mendahului perlumbaan sewaktu permulaannya namun telah dipintas oleh Bautista. Bautista kemudiannya telah tersasar sewaktu memasuki Selekoh 3 dan telah dipintas semula oleh Rea. Namun, penunggang Ducati itu tidak mengalah dan merampas semula tampuk pendahulu di Selekoh 4 dan mula menjarakkan dirinya.

Pada waktu itu, Alex Lowes mulai mencabar kedudukan Rea. Rea berhempas pulas untuk meninggalkan Lowes dan mengurangkan jarak masa dengan Bautista di bawah 0.5 saat. Keazamannya juga telah membuahkan masa pusingan terpantas untuknya.

Malangnya, sebaik sahaja ianya mulai rancak, perlumbaan ini terpaksa dihentikan. Selekoh 3 sekali lagi menjadi pentas drama ini. Leon Camier (Moriwaki Althea Honda Racing), dan Thitipong Warokon (Kawasaki Thailand Racing Team) bertembung di ‘hairpin’. Warokon telah dihantar ke pusat rawatan dan kemudiannya ke hospital selepas itu.

Bautista telah diumumkan sebagai pemenang, diikuti oleh Rea dan Lowes di belakangnya.

  1. Alvaro Bautista (ARUBA.IT Ducati Racing)
  2. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK)
  3. Alex Lowes (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  4. Michael van der Mark (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  5. Leon Haslam (Kawasaki Racing Team WorldSBK)

Perlumbaan 2

Alex Lowes – Sumber imej: alexlowes22

Bautista tidak mahu menunggu lama dan membenarkan penunggang lain menyainginya. Jadi, dia memecut laju dari mula dan mendahului perlumbaan sehingga garisan penamat, meninggalkan Rea untuk bertarung dengan Lowes.

Bautista melintasi garisan penamat dengan jarak masa 10 saat di hadapan Rea dan Lowes. Pencapaiannya ini menandingi rekod kemenangan enam buah perlumbaan pertama milik Neil Hodgson yang telah dicapainya sewaktu musim 2013.

Rakan sepasukan Lowes, Michael van der Mark berjaya mengekang cabaran Haslam bagi menjadikannya turutan penamat yang serupa seperti Perlumbaan 1 dan Superpole.

  1. Alvaro Bautista (ARUBA.IT Ducati Racing)
  2. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK)
  3. Alex Lowes (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  4. Michael van der Mark (Pata Yamaha WorldSBK Team)
  5. Leon Haslam (Kawasaki Racing Team WorldSBK)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.