MotoGP Mugello, Itali 2018: Jorge Lorenzo Menangi Perlumbaan Pertamanya Bersama Ducati!

Setelah berusaha dengan gigih selama 18 bulan, Jorge Lorenzo akhirnya berjaya memperoleh kemenangan MotoGP-nya yang pertama di atas jentera Ducati. Kini berasa amat selesa dengan jentera Ducati Desmosedici GP18, Lorenzo telah menunjukkan aksi terbaiknya dan berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Mugello, Itali 2018. Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) melengkapkan kedudukan podium.

MotoGP: Andrea Iannone Sah Bakal Berpisah Dengan Suzuki

Andrea Iannone akan meninggalkan Team Suzuki Ecstar pada penghujung musim MotoGP 2018 ini. Penunggang dari Itali tersebut juga telah menyatakan bahawa masa depannya dalam kelas premier ini akan ditentukan dalam minggu yang berikutnya. Pasukan pengilang Suzuki tersebut kini sedang berusaha memikat juara dunia Moto3 2017 dan kini sedang bersaing dalam Moto2, Joan Mir.

Atasi Cabaran Harian Anda Dengan Caltex Havoline

Terdapat pelbagai jenis minyak pelincir enjin yang ada di dalam pasaran, namun, hanya segelintir sahaja yang menyerlah atas sebab formulasi istimewa seperti minyak pelincir motosikal Caltex Havoline. Minyak pelincir motosikal Caltex Havoline bertindak melindungi enjin bagi mengelakkan sebarang kehausan pra-matang. Dengan pengalaman melebihi 100 tahun, minyak pelincir motosikal Caltex Havoline juga membantu dalam menghasilkan lebih…

TOC Automotive College Perkenalkan Kursus Superbike Baharu – Pelajari Cara Menjadi Mekanik Superbike Terlatih!

  TOC Automotive College adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam Malaysia bagi mereka yang mempunyai minat untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang automotif. Kini, seiring dengan kursus-kursus berkaitan kereta mereka yang padu, TOC Automotive College telah memperkenalkan satu kursus baharu direka bagi mereka yang mahu mempelajari tentang motosikal superbike. Kolej berkenaan telah bekerjasama…