Infiniti Malaysia Umumkan Harga 0% GST

INFINITI Malaysia telah mengumumkan harga baharu bagi model-model INFINITI di Malaysia, yang telah bermula berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 bersempena dengan kadar sifar GST. Harga 0% GST ini akan kekal berkuatkuasa sehingga penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sejajar dengan pengumuman rasmi kerajaan.

Jadual di bawah telah menyenaraikan harga atas jalan (OTR) bagi model-model INFINITI, beserta 6% dan juga 0% GST, dan juga jumlah penjimatannya.

Model Varian Semenanjung Malaysia                                                                      (Pendaftaran Individu Peribadi)
Harga OTR semasa tidak termasuk insurans       (GST 6%) Harga OTR Baru tidak termasuk insurans                    (GST 0%) Penjimatan (Jumlah GST)
(RM) (RM) (RM)
Q50 GT    239,800.00    226,267.48       (13,532.52)
GTT    275,800.00    260,229.74       (15,570.26)
Q60    308,800.00    291,361.82       (17,438.18)
QX70 GT    390,000.00    368,100.20       (21,899.80)

Sebarang maklumat lanjut mengenai INFINITI dan teknologi pendahulu industrinya boleh didapati di www.infiniti.com.my. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi INFINITI Malaysia, dan juga mengikuti mereka di laman YouTube, atau mengunjungi INFINITI Center Kuala Lumpur yang terletak di The ICON, Jalan Tun Razak, 55000, Kuala Lumpur, untuk pandu uji, yang mana mereka dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Nombor telefon mereka, 603-2162 3223.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply