Author: Zarul Faiz
Festival Ram Jam 2018 bakal tiba pada 15 Julai 2018 di The Gasket Alley, Petaling Jaya. Gabungan antara seni, muzik, automobil, dan fesyen akan berkumpul di bawah hab festival ini. Pertunjukan istimewa dan juga pameran, serta pelbagai acara akan dilangsungkan bagi menghiburkan lebih daripada 8,000 pengunjung ke festival ini.
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan rangkaian Brixton BX150 untuk pasaran Malaysia. Brixton Motorycles adalah sebuah jenama milik Austria yang bertumpukan kepada jentera moden klasik berkapasiti rendah. Pada harga yang bermula dari RM8,988 hingga RM9,588,terdapat tiga pilihan yang telah ditawarkan; BX150, BX150X, dan BX150R.
Sebuah patung Nicky Hayden telah didirikan bagi memperingati juara dunia MotoGP 2006 yang telah pergi meninggalkan kita. Setahun telah berlalu sejak legenda MotoGP ini telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika satu latihan di Itali. Patung itu dihasilkan atas tempahan bandar Owensboro, Kentucky dan keluarga Hayden.
Penunggang semasa bagi pasukan Pons HP40 Racing, Hector Barbera, telah dipecat setelah sabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Penunggang berusia 31 tahun itu telah didapati melakukan kesalahan memandu melebihi had di Sepanyol pada minggu lalu dan telah dikenakan larangan memandu selama satu tahun. Perpisahan antara bekas penunggang MotoGP dan pasukan Pons HP40 Racing itu…
Perlumbaan motosikal sering kali menampilkan pelumba yang berpewatakan yang amat menarik. Apabila para pelumba ini bertentangan antara satu sama lain, ianya sudah pasti akan mencetuskan persaingan yang sama hebatnya. Perseteruan sebeginilah, di samping faktor-faktor yang lain, membuatkan perlumbaan motosikal ini amat menarik untuk ditonton.