Alami Kemeriahan Festival Ram Jam Pada 15 Julai Di The Gasket Alley!

  • Festival Ram Jam 2018 bakal tiba pada 15 Julai 2018 di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
  • Gabungan antara seni, muzik, automobil, dan fesyen akan berkumpul di bawah hab festival ini.
  • Pertunjukan istimewa dan juga pameran, serta pelbagai acara akan dilangsungkan bagi menghiburkan lebih daripada 8,000 pengunjung ke festival ini.

The Gasket Alley Petaling Jaya akan mengadaan sebuah acara yang istimewa, bergelar Festival Ram Jam. Pada 15 Julai 2018, sekumpulan bakat tempatan yang terdiri daripada bakat-bakat muzik, fesyen, seni, fotografi, dan sudah semestinya, automotif, akan berhimpun di lokasi festival yang bakal mencipta sejarah ini.

Berasaskan kepada tema karnival vintaj, Festival Ram Jam ini bertujuan untuk mengimbau kembali kenangan dengan pelbagai bentuk ‘throwback’, yang seiring dengan falsafah ‘vintage industrial’ yang dipegang The Gasket Alley. Lebih daripada 8,000 orang pengunjung dari jauh dan dekat dijangka akan menghadiri festival ini pada bulan hadapan.

Apa yang boleh anda jangkakan dari Festival Ram Jam yang bakal tiba ini? Bagaimana dengan pameran seni? Barangkali satu sesi papan selaju? Atau persembahan muzik secara langsung oleh SIFTERS Asia atau siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018? Akan ada pelbagai aktiviti untuk semua jadi pastikan anda mengunjungi festival ini pada 15 Julai 2018!

Antara peserta yang akan ada sewaktu Festival Ram Jam 2018 adalah:

  • Bee’s Knees Bobber
  • Brian Ong’s photography art exhibition
  • MuthaPuaka apparel
  • Museumoto
  • Tiga Moto
  • DIRT ARMY
  • VANS
  • Electric Dreams Tattoo Collective and many more!

Bagi mereka yang menggemari motosikal lama dan jentera vintaj, festival ini pasti merupakan sebuah acara yang perlu mereka kenjungi kerana akan ada sebuah koleksi kereta dan trak klasik Amerika Syarikat yang akan diperagakan bagi tontonan orang ramai. Sebahagian daripada jentera paling jarang dijumpai di Malaysia akan berhimpun di The Gaset Alley dan anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Bersempena dengan kemeriahan ini, acara Miss Bombshell 2018, atau juga dikenali sebagai ‘pertandingan gadis pin-up yang pertama di Malaysia’ akan mengimbau kembali zaman di mana mereka telah membakar semangat para perajurit pada tahun 40-an sehinggalah tahun 60-an. Sertailah pertandingan tersebut dengan menekan pautannya DI SINI bagi memperolehi peluang untuk memenangi sejumlah RM8,000.

(NOTA KAKI: Pendaftaran sehingga 20 Jun 2018 dan pemilihan akan diadakan pada 23 Jun 2018)

Maklumat lanjut mengenai Festival Ram Jam 2018 boleh didapati dengan menekan pautannya DI SINI.

Rangkaian Brixton BX150 2018 Telah Tiba Di Malaysia Dari RM8,988