Motosikal BMW S 1000 RR Buatan Khas Ciptaan Revival Cycles

Revival Cycles telah membina sebuah motosikal BMS S 1000 R buatan khas yang dilengkapi dengan tarikan ‘vintaj’. Bertapak di Texas, Amerika Syarikat, mereka telah menghasilkan sebuah motosikal dengan gaya motosikal lumba klasik yang digandingkan dengan kelengkapan prestasi S 1000 RR. Reraup aloi buatan khas dan kelengkapan berilhamkan prestasinya semuanya disertakan bagi meningkatkan kebolehan motosikal tersebut…

MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 Dilengkapi Klac AUTOMATIK?

MV Agusta telah melancarkan model MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 yang terkini dan didatangkan dengan sistem klac automatik. Dengan ciri “Smart Clutch System”, motosikal ini mampu mengaktifkan dan menyahaktifkan klac secara automatik bergantung kepada kemampuan rev enjinnya. Ringkasnya, sistem SCS ini membolehkan penunggang untuk berhenti dan memulakan perjalanan semula tanpa menyentuh klac.