ads

Moto2: Jorge Martin Sertai Red Bull KTM Ajo Untuk 2019

  • Jorge Martin akan berpindah ke Moto2 pada tahun hadapan setelah menandatangani satu perjanjian baru dengan pasukan Red Bull KTM Ajo.
  • Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu akan menggantikan Miguel Oliveira yang akan berpindah ke kelas premier.
  • Martin pada waktu ini berada di tempat kedua dalam tangga kejuaraan dunia Moto3 2018 dengan perbezaan 3 mata di belakang pendahulu kejohanan, Marco Bezzecchi.

Ianya satu musim yang cukup menarik bagi salah seorang pendahulu kejohanan Moto3 2018, Jorge Martin. Dengan tiga kemenangan perlumbaan dan di tempat kedua dalam kejohanan, penunggang bagi pasukan Del Conca Gresini Moto3 telah mengumumkan bahawa dia akan berpindah ke kelas pertengahan dan akan menyertai pasukan Red Bull KTM Ajo sebagai pengganti penunggang yang akan berpindah ke kelas premier, Miguel Oliveira.

Ini bukan kali pertama penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu mengemudi jentera KTM, dan pengarah sukan permotoran KTM, Pit Beirer, berkata bahawa menandatangani semula Martin adalah pilihan yang tepat sekali bagi penunggang, pasukan, serta pengilang. Musim 2018 Martin telah bermula dengan kukuh, dengan tiga kemenangan yang telah diperolehinya.

Menurut Beirer, ” Kami rasa berbangga dan gembira mendapat kembali penunggang ini! Dia adalah hasil pembangunan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan saya rasa falsafah kami sudah cukup jelas difahami semua. Dengan adanya Jorge dalam kelas Moto2 ini, ianya adalah satu lagi pencapaian bagi kami kerana dia adalah salah seorang bakat yang paling berpotensi yang ada di paddock; bukti pada usaha yang telah kami jalankan selama ini.”

“Bersama dengan Aki (Ajo), kami sedang mencuba gabungan antara pengalaman dan darah muda dalam Moto2 ini. Saya rasa ianya penting bagi kami untuk membuka satu ruang hebat bagi menunjukkan pada penunggang bagaimana mereka boleh maju bersama kami melalui keseluruhan kelas. Saya berasa amat gembira dengan adanya Jorge bersama kami; dia terlalu hebat untuk dibiarkan menjadi pencabar kami!” tambah Beirer.

Bagi Martin pula, “Saya rasa ianya satu langkah yang penting bagi kerjaya saya dan saya berasa amat gembira kerana telah mencapai persetujuan dengan KTM dan Red Bull. Saya ingin mempelajari sebanyak mungkin dalam tahun pertama saya dan mencabar untuk kejuaraan pada tahun kedua. Jelas sekali, saya ada pengalaman yang baik dengan KTM sewaktu Red Bul Rookies Cup. Ianya penting untuk bersama kembali dan harapan saya adalah untuk mendapat keputusan yang sama seperti kali terakhir kami bersama!”

Sumber imej: MotoGP

MotoGP: Joan Mir Sertai Suzuki Bagi Musim 2019 dan 2020!

 

Leave a Reply