GP British 2018 telah dibatalkan akibat sistem saliran yang kurang memuaskan dan lapisan asfalt baharu di Litar Silverstone. Perlumbaan kelas Moto3 dan Moto2 yang sepatutnya berlangsung sejurus selepas perlumbaan MotoGP juga terpaksa dibatalkan. Ini merupakan pembatalan perlumbaan pertama dalam 38 tahun.
Author: Zarul Faiz
Acara amal “Sayap Impian” Kawan Awan telah berlangsung semalam, di mana 135 kanak-kanak dari rumah kebajikan dan 4 orang kanak-kanak yang sakit tenat telah menaiki penerbangan pertama mereka mengelilingi Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Nik Huzlan, yang lebih mesra dikenali sebagai Kapten Nik, acara amal yang unik ini bertujuan untuk memberikan satu pengalaman yang serba baharu…
Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1. Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.
Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019. Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan. Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).
Sym Malaysia telah memperkenalkan rangkaian Sym Bonus 2018 mereka yang terkini. Rangkaian motosikal mampu milik mereka itu datang dalam tiga variasi; E Bonus 110, E Bonus 110 H, dan Bonus 110SR. Motosikal baharu yang mematuhi piawaian Euro 3 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari RM3,768 hingga RM4,278 (harga asas tidak termasuk insurans dan cukai…
Model Yamaha YZF-R25/R3 kekal tidak berubah sejak tahun 2015. Telah muncul gambar-gambar di Indonesia yang dikatakan merupakan “YZF-R3 baharu” bagi tahun 2019. Jika Yamaha meneruskan pelan ini, dijangkakan yang ia akan tampil dengan komponen dan penggayaan yang terkini.
Alvaro Bautista mengesahkan perpindahannya ke siri perlumbaan WorldSBK untuk musim 2019 setelah menandatangani perjanjian dengan pasukan Aruba.it Racing – Ducati. Penunggang MotoGP bagi pasukan Angel Nieto itu akan bersaing seiring dengan teman sepasukan baharunya, Chaz Davies. Kedua-dua penunggang bagi pasukan pengilang Ducati tersebut juga bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R 1,000cc baharu dengan harapan…
Triumph Motorcycles telah menyempurnakan rombakan akhir enjin Moto2 mereka dan akan memperagakannya sewaktu GP British pada hujung minggu ini. Enjin inline-Four 765cc akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula musim 2019, menggantikan enjin inline-Four 600cc dari Honda. Enjin Triumph tersebut dijangka akan menghasilkan kuasa kuda pada tahap pertengahan dan tinggi yang lebih.
NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) tanpa sengaja telah memuatnaik satu senarai motosikal Kawasaki bagi tahun 2019 di laman sesawang mereka. Di antara motosikal yang muncul dalam senarai ini adalah Ninja ZX-6R yang baharu. Kami jangkakan yang motosikal untuk tahun 2019 tersebut tampil dengan pelbagai pengemaskinian bagi mengatasi pesaingnya, Yamaha YZF-R6.