Model Moto Guzzi V85 TT akan menggantikan model Stelvio 1200 yang dibatalkan pengeluarannya. Gambar-gambar versi yang akan dikilangkan ini menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya itu. Motosikal V85 TT versi pengeluaran pasti akan membuat kemunculan sewaktu pertunjukan EICMA pada bulan November akan datang.
Author: Zarul Faiz
Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS. Siri perlumbaan motosikal ‘pocket bike’ satu model ini adalah dengan kerjasama serta sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan. Ianya bertujuan untuk membangunkan tahap perlumbaan motosikal di peringkat akar umbi dengan bakat muda berusia 6-12 tahun.
Moto Guzzi V7 III Rough 2018 adalah varian scrambler bagi pengeluar dari Itali berkenaan. Dibina atas platform V7 III, model Rough ini mempunyai keupayaan ‘off-road’ terhad. Selain daripada tayar dan beberapa buah reka bentuk yang berlainan, model Rough ini secara asasnya tidak begitu berbeza dengan model V7 III yang lain.
Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang anda daripada mengejar impian. TOC Automotive College menawarkan pinjaman kewangan kepada mereka yang ingin mendaftar Kursus Juruteknik Superbike. Pinjaman pendidikan Program Bina Bakat TOC membolehkan pelajar untuk tidak membayar semula pinjaman sehinggalah mereka bekerja.
Moto Guzzi Audace Carbon 2018 melambangkan sisi “budak jahat” rangkaian pengeluar berkenaan. Ia dihasilkan sebagai sebuah motosikal power cruiser, lengkap dengan pelbagai perincian yang menawan. Harganya bermula dari RM123,000 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).
Ducati Scrambler Icon 2019 telah diperkenalkan dengan pelbagai kemaskini yang berbeza. Antara kemaskininya adalah panel sisi aluminium baharu, lampu hadapan, pelana leper baharu, atur cara suspensi yang diperbaharui, dan lain-lain. Scrambler Icon baharu ini akan mula disediakan pada bulan November dalam dua pilihan warna; Atomic Tangerine dan Classic ’62 Yellow.
Giovanni Castiglioni telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan kontrak Romano Fenati bersama MV Agusta bagi Kejohanan Moto2 2019. Fenati telah menimbulkan kontroversi setelah menggenggam tuil brek hadapan Stefano Manzi sewaktu GP San Marino. Fenati telah dikenakan penggantungan sebanyak dua perlumbaan tetapi ramai yang merasakan yang dia patut diharamkan dari perlumbaan motosikal sama sekali.
Pemilik Aprilia di Malaysia telah menikmati satu hari yang cukup menyeronokkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Didi Resources, pengedar rasmi baharu jenama tersebut, telah menganjurkan satu hari litar, seperti mana yang telah dijanjikan. Pelbagai model motosikal Aprilia telah turun ke litar.
Sesi hari litar Modclass Speedway yang pertama telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Kira-kira 20 orang pemilik motosikal moden klasik telah mengemudi jentera mereka untuk menikmati keseronokan di atas litar. Acara Modclass Speedway ini adalah anjuran Tiga Moto dan disokong oleh Moto Guzzi Malaysia.