Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 telah pun dilancarkan. Ia bercirikan rupa paras yang baharu beserta komponen yang dirombak semula. Ia masih menggunakan enjin 636cc namun telah ditala untuk mematuhi piawaian Euro4.
Author: Zarul Faiz
Yamaha telah memperkenalkan model Yamaha YZF-R3 2019. Dengan ini sudah pasti akan ada berita mengenai model YZF-R25 2019 untuk pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Penggayaan motosikal baharu ini diilhamkan dari model YZF-R1.
Pembina motosikal buatan khas dari Perancis, Hedonic, telah mengkhususkan motosikal Triumph Thruxton R yang diberi nama “Amazing”. Bahagian badan dan komponennya telah dihasilkan daripada bahan aluminium yang dibuat sendiri. Bahagian badan aluminium yang digilap itu menyerlahkan lagi bekas perumah enjin motosikal ini.
Hakim dalam kes kemalangan Nicky Hayden telah menyabitkan pemandu kereta yang telah melanggar Nicky Hayden dengan kesalahan homisid. Pemandu berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun, lesennya ditarik balik dan perlu menanggung kos mahkamah. Keluarga Hayden juga akan meneruskan dengan saman sivil berjumlah $6 juta terhadap pemandu tersebut.
Motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya. BMW Motorrad telah mengeluarkan satu video teaser beberapa hari selepas motosikal itu dilihat sedang diuji. Motosikal baharu itu akan diperkenalkan di acara pertunjukan motosikal EICMA pada bulan November nanti.
Omar Jumiran, pembina motosikal buatan khas dari Eastern Bobber, telah memenangi tempat kedua di kejohanan “AMD World Championship of Custom Bike Building”. Motosikal buatan khas ciptaan Omar, Bone-X, berjaya mengalahkan pelbagai motosikal buatan khas yang lain. Perjalanan dan penyertaan Oma di AMD Intermot telah ditaja oleh Motonation.
Edisi kelima acara BMW Motorrad Nightfuel telah diadakan di Puteri Harbour, Johor Bahru. BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model F 850 GS sewaktu acara tersebut. Hampir 600 orang penunggang dan penggemar motosikal telah mengambil bahagian.
Motosikal konsep Peugeot P2X Roadster dan Café Racer telah diperkenalkan di acara Paris Motorshow baru-baru ini. Rangkaian P2X terdiri daripada motosikal roadster 125cc dan café racer 300cc. Skuter jenama Peugeot kini telah berada di 60 buah negara di seluruh dunia.
Anda sering menunggang bersendirian atau hanya untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja? Adakah anda seorang pemilik motosikal Modenas Dominar? Pernahkah anda teringin untuk menyertai konvoi epik yang tidak mudah untuk dilupakan, dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokan serta hadiah yang yang boleh dimenangi? Jika jawapan anda adalah ya bagi mana-mana soalan di…