Triumph telah memuat naik satu lagi video usikan bagi model Triumph Scrambler 1200 2019. Ia mempamerkan motosikal tersebut ditunggang atas jalan raya dan juga secara ‘off-road’. Pelancaran tersebut akan mengambil tempat pada 24 Oktober 2018 (zon masa UK).
Author: Zarul Faiz
Ia cukup membimbangkan apabila orang ramai bertanggapan yang semua penunggang motosikal merbahaya. Setiap kemalangan atau insiden berkaitan motosikal akan menjadi bahan gosip hangat. Di sini, salah seorang editor kami telah berjaya merakam tindakan merbahaya beberapa orang pemandu kereta.
Bridgestone telah memperkenalkan tayar model Battlax Adventurecross AX41. Pengeluar tersebut akhirnya telah mempunyai sebuah model tayar ‘knobby’ buat motosikal kembara dwi-sukan. Mereka juga turut mmperkenalkan model tayar supersport Battlax S22.
Konvoi Modenas Dominar 400 yang terkini menuju ke Kuantan, Pahang. Ianya merupakan konvoi bermalam pertama dalam siri tunggangan ini. Turut diadakan aktiviti pencarian harta karun dan berhimpun mengelilingi unggun api.
Jentera Ducati Panigale V4 R 2019 telah membuat kemunculan sulungnya pada hujung minggu yang lalu sewaktu pusingan British Superbikes (BSB) di Litar Brands Hatch. Pusingan demonstrasi telah dilakukan oleh penunggang uji bagi pasukan MotoGP Ducati, Michelle Pirro. Motosikal Ducati Panigale V4 R 1000cc ini akan membuat kemunculan sulung perlumbaannya pada tahun hadapan dalam siri perlumbaan…
Ducati Malaysia akan menghadiahkan 80 keping tiket MotoGP Sepang 2018 bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018. Untuk memenangi peluang ini, para peserta perlu menempah, membeli, atau menunggang uji mana-mana motosikal Ducati di wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih. Para pemenang juga boleh menikmati rebat sewaktu hujung minggu perlumbaan beserta hadiah eksklusif dari Ducati Malaysia.
Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik. Kebanyakan pengeluar telah mula memperagakan keluaran serta tawaran mereka di pertunjukan motosikal Intermot 2018. Pengeluar motosikal elektrik terkemuka, Energica, telah melancarkan sebuah model motosikal lumba elektrik yang baharu.
Ducati telah memperkenalkan model Ducati Multistrada 1260 Enduro 2019. Ia menggunakan enjin yang sama seperti motosikal Multistrada dan XDiavel kegunaan jalan raya, namun, telah dipertingkatkan kuasanya ke 158hp dan 127Nm. Ducati telah merombak semula ciri ergonomiknya bagi membolehkannya lebih mudah untuk ditunggangi oleh penunggang bersaiz sederhana.
Kejohanan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019 akan menampilkan tiga buah perlumbaan pada setiap pusingan. Pihak penganjur akan menambah ‘sprint race’ untuk Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Perlumbaan tambahan ini sudah pasti akan memberikan lebih pendedahan pada siri perlumbaan ini.