Kelakuan Buruk Pemandu Kereta Dirakam Oleh GoPro

  • Ia cukup membimbangkan apabila orang ramai bertanggapan yang semua penunggang motosikal merbahaya.
  • Setiap kemalangan atau insiden berkaitan motosikal akan menjadi bahan gosip hangat.
  • Di sini, salah seorang editor kami telah berjaya merakam tindakan merbahaya beberapa orang pemandu kereta.

Sering kali kita akan mendengar khabar dan berita mengenai insiden berkaitan motosikal yang menyebabkan para ‘pahlawan papan kekunci’ mula tidak senang duduk jika mereka tidak memberi ulasan dan pandangan ‘professional’ masing-masing. Malah, ada juga wartawan senior yang bukan dari warga media permotoran turut terdorong untuk mengeruhkan lagi keadaan dengan mengkritik para penunggang motosikal, tanpa melakukan sebarang kajian. Kini, kami telah memiliki satu rakaman video GoPro yang telah diambil oleh editor di laman saudara kami, menunjukkan pemandu-pemandu kereta yang telah memandu secara merbahaya, dan boleh menyebabkan kemalangan. Dan ini bukannya satu anomali, kerana sebagai penunggang motosikal sudah semestinya kita sering bertemu pemandu seperti ini, tetapi, kedua-dua pemandu ini adalah yang paling semberono sekali pernah kami temui.

8 Things Drivers Don’t Understand About Motorcycles

Sebelum kami meneruskan dengan lebih lanjut, ingin kami nyatakan terlebih dahulu bahawa kami tidaklah mengatakan yang semua penunggang motosikal itu baik dan semua pemandu kereta itu tidak berhemah. Sejujurnya, pasti ada sahaja mereka yang tidak berhemah tidak kiralah penunggang motosikal mahu pun pemandu kereta. Sering kali saya temui mereka yang memandu atau menunggang secara merbahaya, tidak kiralah ke mana sahaja saya pergi.

Video 1

Video ini telah dirakam dalam satu konvoi ke Pantai Timur. Trak berkenaan menghimpit editor kami dari kanan tanpa memberi sebarang isyarat, lagilah tidak untuk memastikan sebelah kirinya tiada kenderaan.

Dapat dilihat yang editor kami telah menuding kepada kamera GoPro yang dipaut pada helmetnya sebagai amaran. Namun pemandu tersebut terus menyondol masuk.

Pemandu tersebut bermula dari laluan paling kanan ke laluan paling kiri tanpa memberi sebarang isyarat, sebelum memintas sebuah lori, sekali lagi tanpa memberi isyarat. Pemandu berkenaan tetap melihat ke hadapan sahaja sepanjang masa.

Video 2

Pemandu yang memandu kereta Proton Saga berwarna merah secara merbahaya ini nampak tidak boleh menunggu konvoi yang sedang memintas beberapa buah kereta. Dia mengambil tindakan memintas di laluan kecemasan.

Editor kami terpaksa memberi amaran kepadanya, risau yang dia akan mengejutkan kenderaan yang dipintasnya yang boleh menyebabkan kenderaan tersebut merempuh masuk laluan konvoi motosikal yang sedang memintas.

Jika anda rasa yang konvoi itu sengaja berada di lorong memintas, mereka hanya mengambil masa 30 saat sahaja untuk memintas sebelum kembali ke laluan sebelah kiri. Mereka tidaklah secara sengaja hanya berada di lorong paling kanan.

Kesimpulan

Pengguna jalan raya di Malaysia perlulah mencari cara untuk wujud bersama, dan bukannya menuding jari sesama sendiri.

Sepuluh Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Seorang Penunggang Motosikal (Bahagian 1)

Selain itu, kebanyakan pengguna kenderaan, termasuklah penunggang motosikal, hanya mengetahui asas pengendalian kenderaan masing-masing, tidak lebih dari itu. Walaupun inisiatif untuk membaiki diri terletak pada setiap individu, tidak banyak antara kita yang sanggup menyertai kelas memandu dan menunggang lanjutan. Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah dengan pihak berkuasa menjadikannya kelas wajib. Kebanyakan negara maju telah melakukannya. Mereka yang lulus akan diberikan diskaun untuk insurans dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Kami juga mengesyorkan setiap penunggang motosikal menjadikan peranti rakaman video sebagai kelengkapan wajib kita keluar menunggang. Terdapat pelbagai model perakam video yang mampu milik di dalam pasaran selain daripada model GoPro Hero 7 Black yang paling canggih ini.

Buat masa ini, marilah kita menjaga keselamatan dan kesejahteraan sesama kita di atas jalan raya. Hentikanlah menunggang dan memandu seperti ianya satu perlumbaan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.