Bridgestone Perkenalkan Tayar Battlax Adventurecross AX41 Dan Battlax S22

  • Bridgestone telah memperkenalkan tayar model Battlax Adventurecross AX41.
  • Pengeluar tersebut akhirnya telah mempunyai sebuah model tayar ‘knobby’ buat motosikal kembara dwi-sukan.
  • Mereka juga turut mmperkenalkan model tayar supersport Battlax S22.

Percaya atau tidak, Bridgestone sebelum ini tidak mempunyai sebarang tayar jenis ‘knobby’ buat motosikal kembara berkapasiti besar, walaupun memiliki rangkaian tayar yang cukup meluas. Kini, mereka telah memperkenalkan model tayar Battlax Adventurecross AX41 di pertunjukan motosikal Intermot untuk bersaing dalam segmen berkenaan.

Bridgestone Battlax Adventurecross AX41

Model AX41 adalah tayar dwi-sukan yang direka untuk motosikal ‘adventure-touring’. Contoh motosikal tersebut adalah Triumph Tiger 800 XCx/XCa, Honda CRF1000 Africa Twin, R 1200 GS, F 850 GS, dan sebagainya.

Bridgestone juga turut memperkenalkan sebuah varian untuk motosikal scrambler, menamakan model tayar tersebut sebagai Battlax Adventurecross AX41S.

NOTA: Sila beri perhatian sewaktu anda menggantikan tayar motosikal anda. Bengkel yang tidak jujur atau kurang berpengetahuan mungkin akan menggunakan tayar yang dikhususkan untuk jenis motosikal yang lain! Seorang mekanik telah bersungguh-sungguh mahu memasang model tayar Battlax T31 versi GT pada motosikal kelas pertengahan saya. Tayar T31 GT dihasilkan untuk motosikal berkapasiti besar seperti Kawasaki 1400GTR, BMW R 1200 RT, dan ang lain-lain. Jadi, sekali lagi kami jelaskan, tayar AX41 adalah untuk motosikal dwi-sukan, dan tayar AX41S adalah untuk motosikal scrambler.

Model tayar A41 yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini pula lebih kepada motosikal yang berorientasikan motosikal jalan raya dengan kebolehan ‘off-road’ yang ringan. Contoh terbaik motosikal yang sesuai dipadankan dengan tayar tersebut adalah Triumph Tiger 800 XRx. Ianya merupakan pengganti bagi model tayar Battlax Battle Wing.

Sila rujuk pada graf radar di bawah untuk designasi produk.

Ianya satu tindakan bijak oleh Bridgestone, memandangkan pengeluar seperti Metzeler, Pirelli, Continental, dan Michelin telah meraih keuntungan besar dalam jualan tayar motosikal kembara.

Bagaimana pun, tayar AX41 ini hanya akan boleh didapati bermula dari tahun 2019, jadi ianya cukup menarik sekali untuk melihat pengeluar manakah yang akan melengkapkan motosikal mereka dengan tayar ini sebagai standard.

Bridgestone Battlax S22

Bagi kegunaan hari litar, menjarah Lebuhraya Karak, mahu pun mendaki Genting Highlands, pengeluar tayar dari Jepun ini telah memperkenalkan tayar supersport Battlax S22 di pertunjukan motosikal yang sama, walaupun tidak semeriah AX41.

Berdasarkan gambar-gambarnya, corak alur S22 amat mirip seperti tayar sport-touring T31. Tayar T31 merupakan tayar dengan pengendalian yang hebat dalam cuaca yang kering dan basah, tetapi, tayar S22 akan hadir dengan kompaun yang lebih lembut bagi memberikannya cengkaman yang lebih hebat. Ini bermakna tayar S22 mempunyai pengendalian yang sama hebat, manakala alurnya yang agresif sudah pasti banyak membantu dalam penunggangan dalam hujan.

Satu fakta yang menarik, Bridgestone menggelarkan tayar T30 sebagai tayar “hibrid” kerana ia menggabungkan reka bentuk dan perwatakan tayar ‘sport-touring’ BT23, dan tayar supersport S20.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]