Ducati Panigale V4 R 2019 Membuat Kemunculan Sulung di Perlumbaan British Superbikes

  • Jentera Ducati Panigale V4 R 2019 telah membuat kemunculan sulungnya pada hujung minggu yang lalu sewaktu pusingan British Superbikes (BSB) di Litar Brands Hatch.
  • Pusingan demonstrasi telah dilakukan oleh penunggang uji bagi pasukan MotoGP Ducati, Michelle Pirro.
  • Motosikal Ducati Panigale V4 R 1000cc ini akan membuat kemunculan sulung perlumbaannya pada tahun hadapan dalam siri perlumbaan WorldSBK dan BSB.

Sumber imej: MCN

Pusingan British Superbikes (BSB) yang telah berlangsung baru-baru ini di Litar Brands Hatch di Kent, England, telah menyaksikan beberapa buah kejutan, antaranya adalah penentuan pemenang kejohanan, serta berlangsungnya pusingan perarakan buat sebuah jentera perlumbaan serba baharu. Kemunculan jentera baharu inilah yang telah menarik perhatian kami, di mana Ducati memutuskan untuk memperkenalkan jentera Ducati Panigale V4 R 2019 beserta tatarajah 1,000cc V4 mereka bagi tujuan perlumbaan.

Jentera perlumbaan 1,000cc ini telah diatur cara untuk siri perlumbaan WorldSBK dan bagi memperkenalkannya untuk tontonan umum buat kali pertama, beberapa buah pusingan demonstrasi telah dilakukan pada hujung minggu yang lalu oleh penunggang uji bagi pasukan MotoGP Ducati, Michelle Pirro. Penunggang berusia 32 tahun dari Itali itu adalah salah seorang individu utama yang bertanggungjawab dalam pembangunan jentera Panigale V4 R bagi kemunculan perlumbaan WorldSBK motosikal tersebut untuk musim 2019.

Berdasarkan video yang telah muncul di atas talian, kami dapati terdapat beberapa buah perbezaan yang utama pada jentera Panigale V4 R ini berbanding dengan jentera kegunaan jalan rayanya. Namun begitu, enjinnya masih menggunakan tatarajah V4 yang agak sama, dengan injap desmodromik Ducati, aci engkol berlawanan arah yang diilhamkan dari siri perlumbaan MotoGP dan juga secara keseluruhannya, walaupun dengan kapasitinya yang lebih kecil (selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh WorldSBK dan BSB).

Dengan pakej yang lebih kecil yang menghasilkan kuasa dan rpm yang lebih tinggi, enjinnya disyaki akan berada di jangkauan suhu yang lebih tinggi, yang mana menjelaskan keperluan saluran udara tambahan pada reraup bagi membantu menyejukkan enjin secara lebih berkesan. Satu lagi perkara yang menarik mengenai motosikal ini adalah atur cara klac keringnya, yang mana bukan sahaja memberikan kelebihan dalam perlumbaan tetapi juga menghasilkan salah sebuah runut bunyi yang paling meruntun jiwa dalam industri motosikal.

Perubahan dalaman yang lain yang dapat dilihat dari rakaman tersebut termasuklah tangki bahanapi yang terletak di bawah pelana (bagi pembahagian berat dan pusat jisim yang lebih baik), lohong udara dan atur cara masukan udara yang lebih besar, kelengkapan ekzos yng dikemaskini, beserta pelbagai lagi yang mana kami tidak dapat sahkan buat masa ini.

Apa yang boleh kami sahkan ialah jentera Ducati Panigale V4 R 2019 ini akan membuat kemunculan sulung perlumbaannya pada musim hadapan, di mana empat buah jentera akan dikendalikan oleh duah buah pasukan dan empat orang penunggang, terdiri daripada Chaz Davies dan Alvaro Bautista di siri perlumbaan WorldSBK, dan Scott Redding dan Josh Brookes di siri perlumbaan BSB.

Sumber imej: Maniac Riders

Menangi Tiket MotoGP Sepang 2018 Dari Ducati Malaysia!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.