Helmet replika AGV Pista GP R Valentino Rossi 2018 telah pun dilancarkan secara rasmi oleh AGV Helmets. Helmet replika ini menggunakan rekaan yang sama sedang digunakan oleh Rossi dalam MotoGP musim 2018. Pra-tempahan kini dibuka untuk pasaran UK bermula dari £999.99 (RM5,441).
Author: Zarul Faiz
Penunggang motosikal superbike yang bertindak memukul seorang pekerja Petronas telah didapati bersalah dan didenda sebanyak RM2,000. Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja Petronas pada 6 Oktober 2018. Ianya terjadi kerana pekerja Petronas dengan secara tidak sengaja telah mengisi minyak petrol RON95 dan bukannya RON97.
Edisi terakhir bagi motosikal superbike F4 telah pun dikeluarkan dalam bentuk model MV Agusta F4 Claudio 2019. Dilengkapi dengan bahagian buatan karbon fiber dengan kemasan berwarna emas, model F4 Claudio mampu menghasilkan 212hp dan 115Nm tork. Hanya 100 unit akan dijual dengan tanda harga $83,000 (RM345,280) untuk pasaran Amerika Syarikat.
Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez telah ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2018 di Motegi, Jepun. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol itu telah berjaya memenangi takhta dunia buat kali ke-tujuhnya setelah Andrea Dovizioso terkeluar dari persaingan berbakikan dua pusingan. Ianya satu pertarungan yang cukup mengujakan di mana Marquez berjaya menggondoli kejuaraan di halaman Honda di…
Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 akan bermula pada 25 November 2018. Ia bakal meliputi 2,800km merentasi Borneo, Brunei, dan Kalimantan. Detik pengiraan ini telah berlangsung di ibu pejabat Triumph Motorcycles Malaysia.
Motosikal BMW R nine T Scrambler adalah pertaruhan BMW Motorrad dalam ‘revolusi scrambler”. Ia berkongsi casis dan kejuruteraan enjin yang sama seperti model R nine T yang lain. Namun begitu ianya dihasilkan untuk penunggangan ‘off-road’ yang ringan.
Ducati bakal melancarkan keseluruhan rangkaian 2019 mereka di Ducati World Premierè 2019. Acara itu dijadualkan berlangsung pada 4 November di Milan (5 November di Malaysia). Pelancaran tersebut akan berlangsung dua hari sebelum permulaan acara pertunjukan motor EICMA.
Honda berharap yang Jorge Lorenzo akan mendedahkan kelebihan jentera Ducati Desmosedici GP18. Penunggang kelahiran Sepanyol itu akan menyertai Honda dari Ducati pada tahun 2019. Honda berharap dapat bekerjasama dengan Lorenzo bagi menambah kestabilan pada jentera RC213V.
Jenama Triumph telah dinamakan sebagai jenama motosikal paling memuaskan di Australia. Jenama dari England berkenaan muncul teratas dalam kaji selidik buat tahun kedua berturut-turut. Keputusan ini diperolehi daripada satu kaji selidik yang telah dijalankan yang mengambil maklum balas daripada kalangan pengguna.