Detik Pengiraan Untuk Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 Bermula

  • Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 akan bermula pada 25 November 2018.
  • Ia bakal meliputi 2,800km merentasi Borneo, Brunei, dan Kalimantan.
  • Detik pengiraan ini telah berlangsung di ibu pejabat Triumph Motorcycles Malaysia.

Detik pengiraan bagi acara Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 (SBCCR) yang bersejarah telah pun bermula. Acara ini telah diadakan di ibu pejabat Triumph Motorcycles Malaysia pada hari Sabtu, 20 Oktober 2018.

Acara SBCCR adalah sebuah acara konvoi jenama motosikal campuran. Ianya bakal bermula dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 25 November 2018 dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 5 Disember 2018. Di penghujung perjalanan ini, para peserta telah pun akan menjelajah jumlah keseluruhan anggaran sebanyak 2,800km, merentasi 7 buah bandar dan tiga buah negara. Tiga buah negara tersebut adalah Malaysia, Brunei Darussalam, dan Kalimantan, Indonesia.

Dan oleh kerana itu, mereka akan dapat menikmati pemandangan hutan hujan tropikal Borneo yang amat menawan, yang mana ianya merupakan hutan hujan kedua terbesar dalam dunia. Selain itu, para peserta juga akan dapat menerokai persekitarannya yang berbilang budaya, alam semulajadi, warisan, dan cabaran.

Penganjur rali ini, Unides Events Sdn. Bhd., berharap yang konvoi ini akan memperagakan alam sekitar Borneo yang masih lagi suci. Dan pada masa yang sama, ianya akan memberi kesedaran akan kepentingan menangani perubahan iklim yang sedang melanda planet kita.

Rakan penaja bagi Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 ini adalah Triumph Motorcycles Malaysia dan Liqui Moly Asia Pacific.

Dalam sidang akhbar yang telah diadakan oleh Unides Event Sdn. Bhd., Pengarah Urusan, Encik Kho Sze Min berkata: “Kami berbesar hati kerana mendapat tajaan Liqui Moly Asia Pacific dan Triumph Motorcycles Malaysia. Triumph Motorcycles mempunyai rangkaian luas model, sama ada untuk jalan raya bertar atau tanah merah, dan ianya kelebihan unik jenama ikonik ini. Liqui Moly menawarkan rangkaian penuh produk untuk jentera dua roda bagi memberikan enjin yang lebih bersih bagi mengurangkan emisi karbon.”

Acara SBCCR ini juga didokong oleh Pekema Riders Club, H-D Borneo, Konsulat General Brunei dan Indonesia, Destination Explore, K Multimedia, PDRM, dan pihak berkuasa tempatan di ketiga-tiga negara yang terlibat.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Hj. Abdul Karim Rahman Hamzah sedang mencuba sebuah Triumph Bonneville Bobber Black

Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Hj. Abdul Karim Rahman Hamzah, telah melancarkan rali ini pada 1 April di Kuching. Beliau turut hadir sewaktu detik pengiraan ini. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi Triumph Motorcycles Malaysia, Dato’ Razak Al-Malique Hussein, dan Presiden Pekema Riders Club, Ybhg Dato’ SM Zulkifli SM Amin.

Tunggangan bukanlah acara pertama anjuran Unides Events Sdn. Bhd. Mereka merupakan pengurus acara rasmi bagi Ducati Multistrada Borneo Experience 2011, yang disertai oleh 60 orang peserta. Selain itu, mereka juga telah menganjurkan Southeast Asia Harley Owners Group Sarawak Rally kali ke-dua 2012, yang menyaksikan penyertaan sebanyak 350 orang peserta. Kedua-dua konvoi berkenaan telah diadakan selama melebihi 10 hari.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 ini, sila layari laman Facebook rasmi mereka. Untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai Triumph Motorcycles Malaysia, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]