Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 meneruskan tradisi tahunan GIVI Asia. Muzium Negara telah dipilih sebagai tempat permulaan untuk tahun ini. Para peserta telah menerima pelbagai hadiah hebat termasuklah tiket dan tempat parkir istimewa.
Author: Zarul Faiz
Ducati telah memperkenalkan model Ducati Panigale V4 R 2019 sewaktu acara World Ducati Première 2019. Enjin 998cc-nya itu mampu menghasilkan 217hp, namun, dengan ekzos perlumbaan, ianya dipertingkatkan menjadi 231hp. Panel badan baharunya dilengkapi dengan winglet. Ianya hanya seberat 193kg, diisi penuh dan sedia untuk ditunggang.
Aprilia RSV4 1100 Factory 2019 bakal tampil dengan kapasiti enjin ditingkatkan kepada 1,078cc. Peningkatan ini menambah keluaran kuasa maksimumnya ke 214hp dan tork 122Nm, dengan beratnya hanya 199kg. Motosikal baharu ini juga akan dilengkapi dengan winglet pada reraupnya.
Kunjungi Shell Advance Ride-Thru di Shell MotoGP 2018 untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Anda akan menerima perkhidmatan yang terbaik dengan perbelanjaan minima serendah RM30 sahaja. Shell Advance Ride-Thru ini terletak di kawasan parkir P1.
Kementerian Kewangan telah membuat usulan pelan subsidi minyak petrol RON95. Ia meliputi motosikal bawah 125cc dan kereta di bawah 1,500cc. Pemilik motosikal yang berkelayakan akan menerima subsidi petrol sebanyak 40 liter manakala pemilik kereta yang layak akan menerima subsidi petrol sebanyak 100 liter.
Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat. Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam. Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.
Paul Teutel Sr. dari Orange County Choppers akan mula membina kembali motosikal untuk jualan. Bintang siri televisyen “American Chopper” berkenaan akan bekerjasama dengan Bubba’s Exotic Motorsports. Rangkaian baharu ini akan diberi nama “Senior”, dan ia terdiri daripada dua buah model.
Didi Resources Sdn. Bhd. telah melancarkan “Aprilia 3S Centre” baharu di Malaysia. Duta Antarabangsa Aprilia dan Juara Dunia berbilang kali, Max Biaggi turut hadir sewaktu pelancaran ini. Pusat perkhidmatan 3S ini terdiri daripada bilik pameran, pusat perkhidmatan penyelenggaraan dan fasiliti alat ganti.
Alvaro Bautista berjaya mendapat tempat ke-empat sewaktu pusingan GP Australia pada hujung minggu yang lalu. Keputusan perlumbaan ini menunjukkan adanya jurang yang besar di antara jentera perlumbaan pasukan pengilang dan pasukan satelit. Dorna perlu menghentikan sistem ‘bertingkat’ bagi membolehkan ke semua pelumba berbakat bersaing secara adil.