Aprilia RSV4 1100 Factory 2019 Tampil Dengan 214hp

  • Aprilia RSV4 1100 Factory 2019 bakal tampil dengan kapasiti enjin ditingkatkan kepada 1,078cc.
  • Peningkatan ini menambah keluaran kuasa maksimumnya ke 214hp dan tork 122Nm, dengan beratnya hanya 199kg.
  • Motosikal baharu ini juga akan dilengkapi dengan winglet pada reraupnya.

Kemunculan motosikal Ducati Panigale V4 telah menyebabkan bermula perang kuasa kuda di antara para pengeluar. Terbaru dalam kancah perang ini adalah model Aprilia RSV4 1100 Factory 2019.

Motosikal RSV4 1100 Factory baharu ini akan menghasilkan 214hp, lebih 1hp berbanding model Panigale V4. Ini menjadikan model Aprilia tersebut sebagai motosikal sportbike hela udara alami (naturally aspirated) paling berkuasa.

Mengikuti jejak langkah pengeluar motosikal superbike dari Itali yang juga pesaing mereka itu, Aprilia akan menghasilkan 2 varian RSV4 dengan kapasiti enjin yang berlainan. Model RSV4 Factory akan menyaksikan kapasiti enjin ‘V-Twin’ 65° ditingkatkan kepada 1,078cc. Sebaliknya, motosikal RSV4 RR 1,000cc adalah model homologasi bagi perlumbaan motosikal superbike.

Ianya bukan sekadar penambahan kuasa kuda sahaja. Daya kilasnya juga telah ditingkatkan kepada 122Nm. Selain itu, Aprilia juga telah mengurangkan berat bagi motosikal RSV4 1100 Factory hanyalah seberat 199kg, diisi penuh. Bateri litium-ion Bosch dan sistem ekzos titanium Akrapovic menyumbang kepada pengurangan berat ini.

Motosikal RSV4 1100 Factory 2019 ini 5kg lebih ringan, menghasilkan 16hp lebih kuasa kuda, dan 6.8Nm lebih tork berbanding model yang terdahulu.

Satu lagi perubahan yang ketara adalah winglet yang telah diterap dari motosikal Aprilia RSV4 RF LE 2018.

Angkup brek hadapan Stylema yang terkini dari Brembo mengendalikan tugas pembrekan bagi bahagian hadapan. Ianya lebih ringan dan pada masa yang sama, lebih tegar berbanding Brembo M50 Monobloc. Mencengkam cakera breknya adalah pad brek yang kelihatan lebih agresif. Lihat dengan teliti dan anda pasti nampak duktus udara pada angkup hadapannya.

Fork hadapan merupakan fork Öhlins NIX dengan ruang gerak 125mm (5mm lebih) untuk penyelekohan yang lebih baik. Penyerap hentakan Öhlins TTX mengendalikan bahagian belakang.

Terdapat ‘steering bushing’ baharu yang mencuramkan lagi sudut ‘rake’. Terdapat pengurangan 2mm pada ‘steering yoke’ untuk pengurangan ‘trail’.

Perubahan pada stereng itu menghasilkan jarak antara roda yang 4mm lebih pendek. Lengan ayunnya juga telah dikeraskan.

Aprilia juga telah mengemaskini suite elektronik APRC.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.