Ottimo Technologies Sdn. Bhd secara rasminya telah memperkenalkan model pertama mereka, VIZ110. Dijana oleh enjin satu silinder empat lejang 110cc, ianya juga didatangkan dengan tangki bahanapi 3.6 liter diperakui sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Harga pengenalan ditetapkan pada RM4,288 (harga asas, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Author: Zarul Faiz
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan membolehkan majlis perbandaran untuk melantik warden trafik mereka sendiri. Warden-warden ini boleh menguatkuasakan undang-undang trafik berbanding hanya mengeluarkan saman parkir. Pindaan ini juga bermakna agensi penguatkuasaan trafik hanya boleh mengeluarkan saman mahkamah dan bukan saman kompaun.
Pusingan MotoGP Thailand yang diadakan julung kalinya pada tahun ini telah dipilih sebagai pusingan terbaik bagi musim 2018. Lebih daripada 220,000 orang penonton telah menghadiri pusingan tersebut dalam tempoh tiga hari. Undian telah dibuat oleh Suruhanjaya Grand Prix.
Gambar-gambar bagi apa yang mungkin sekali sebuah model Triumph Rocket III telah dibocorkan dalam talian internet. “Motosikal baharu” ini digayakan dengan lebih agresif berbanding dengan model semasanya. Ia akan meletakkan model Rocket III ini di satu kedudukan yang membolehkannya bersaing secara langsung dengan model power cruiser semasa.
Mohd Hafiz Nor Azman telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu perlumbaan akhir Cub Prix pada hujung minggu yang lalu. Pihak penganjur berjanji akan melakukan penyiasatan yang menyeluruh. Tragedi ini adalah yang kedua dalam tempoh 18 bulan.
Anda rasa anda faham akan selok belok motosikal dan kelengkapan menunggang anda? Tetapi, sedalam manakah sebenarnya pengetahuan anda? Sheng Fatt Motor Sdn Bhd Pulau Pinang akan menganjurkan satu sesi ‘shop talk’ istimewa buat semua penunggang motosikal. Bual bicara ini turut meliputi satu sesi perkongsian ilmu dan sesi bual bicara yang dihoskan oleh Pengurus Selepas Jualan…
Industri automotif telah didominasi oleh lelaki buat sekian lama tetapi semakin banyak wanita yang turut terlibat. Kami telah berpeluang mengenali beberapa orang pelajar wanita di Kolej Automotif TOC. Mereka merintis jalan bagi menghancurkan stereotaip.
Triumph telah mendedahkan harga bagi model Triumph Scrambler 1200 2019. Bagaimana pun, buat masa ini, harga ini adalah bagi pasaran Amerika Syarikat. Ianya boleh dikatakan agak berpatutan, memandangkan yang ianya didatangkan dengan lebih banyak teknologi, berbanding para pesaingnya.
Sebuah program penggantian kelengkapan telah dimulakan bagi model Yamaha YZF-R25. Kelengkapan berkenaan adalah paip hos radiator dan batang penukar gear pegas kilasan. Hong Leong Yamaha Motor akan menghubungi pemilik unit yang terjejas bermula permulaan Januari 2019.