Hong Leong Yamaha Motor Membuat Pemanggilan Semula Bagi Model Yamaha YZR-R5

  • Sebuah program penggantian kelengkapan telah dimulakan bagi model Yamaha YZF-R25.
  • Kelengkapan berkenaan adalah paip hos radiator dan batang penukar gear pegas kilasan.
  • Hong Leong Yamaha Motor akan menghubungi pemilik unit yang terjejas bermula permulaan Januari 2019.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan model Yamaha YZF-R25. Pengedar Yamaha di Malaysia ini menggelarkannya sebagai “Program Penggantian Kelengkapan”.

Sewaktu Yamaha memulakan kempan pemanggilan semula bagi model Yamaha YZF-R25 di Amerika Syarikat, kami tidak melaporkannya kerana model R3 tidak ditawarkan di sini. Kami tidak pasti sama ada model YZF-R25 menggunakan bahagian yang sama seperti model R3.

Kini, ianya telah jelas sekali. HLYM akan menghantarkan notis kepada para pengguna yang terjejas bermula pada pertengahan bulan Januari 2019.

Terdapat dua bahagian yang akan digantikan. Yang pertama adalah paip hos radiator. Yamaha telah mendapati bahawa terdapatnya kecacatan sewaktu proses mengeraskan hos dan ia mungkin menyebabkan kebocoran bendalir penyejuk.

Unit yang terjejas dengan masalah ini adalah model YZF-R25 dengan nombor kerangka yang bermula dengan PMYRG1510E, PMYRG1510F, dan PMYRG1510G. Ia juga menjejaskan unit 0000000 hingga 0012240 bagi model bernombor kerangka bermula dengan PMYRG1510H.

Bahagian kedua yang diliputi oleh program ini adalah batang penukar gear pegas kilasan. Yamaha mendapati telah berlaku kesilapan sewaktu proses mengukuhkan bahagian keluli. Pegasnya mungkin terjejas, menyebabkan penukar gear longgar, dan dengan ini menjejaskan penukaran gear.

Unit yang terjejas adalah ke semua unit dengan nombor kerangka bermula dengan PMYRG1510E, PMYRG1510F, dan PMYRG1510G bermula dari 0000000 hingga 0006758.

Model Frame Number Component
YZF-R25 All units with Frame number beginning withPMYRG1510E

PMYRG1510F

PMYRG1510G 

And units within the following frame numbers

PMYRG1510H– 0000000 to 0012240

Radiator Hose
All units with Frame number beginning withPMYRG1510E

PMYRG1510F

All units within the following frame numbers

PMYRG1510G- 0000000 to 0006758

Torsion Spring

Sumber : Hong Leong Yamaha Motor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.