Model Yamaha YZF-R1 generasi yang akan datang dijangka bakal dilengkapi dengan teknologi MotoGP. Ia barangkali akan didatangkan dengan transmisi ‘seamless’, VVT/L dan aci engkol putar berlawanan. Model YZF-R1 kekal sama sejak lima tahun yang lalu.
Author: Zarul Faiz
Seorang pemandu kereta telah melanggar belakang motosikal yang telah berhenti. Namun, pemandu berkenaan telah menyalahkan penunggang motosikal terbabit. Video ini kini telah menjadi tular.
Pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini. Konsepnya adalah berdasarkan pada platform model Shiver 900/Dorsoduro 900. Pada ketika ini, Aprilia tidak mempunyai sebarang model dwi-sukan dalam rangkaian mereka.
Saksikan tindakan penunggang motosikal menekan breknya sebaik sahaja trak mula hilang imbangannya. Ini adalah satu contoh baik penunggangan yang peka dan bijak. Sentiasalah menunggang dengan peka dan janganlah mudah terleka.
Ernie Vigil akan berlumba menggunakan motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally. Dia telah mengalami kecederaan sebelum perlumbaan Baja 1000 Rally dan niat untuk perlumbaan terpaksa dilupakan. Rangkaian motosikal Triumph Scrambler 1200 adalah motosikal scrambler yang paling sedia ‘off-road’.
Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020. Berita ini telah disahkan oleh BMW Motorrad. Enjin prototaip tersebut pada waktu ini telah digunakan sebagai penjana kuasa bagi motosikal buatan khas.
Telah tular sebuah video menunjukkan penunggang dari Singapura sedang merokok di sebuah stesen minyak Petron di kawasan R&R Pagoh. Menurut individu yang bertanggungjawab merakam video berkenaan, dia telah meminta mereka untuk memadamkan rokok. Bagaimana pun, kumpulan itu membalas bahawa dia tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang mereka. Memburukkan lagi keadaan, pekerja Petron dan PLUS tidak…
Kawasaki adalah pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk motosikal keluaran mereka. Sebuah paten yang telah difailkan oleh mereka telah mempamerkan sebuah sistem dengan radar hadapan dan belakang. Sistem ini berfungsi bersama dengan brek dan juga pendikit.
Honda telah memfailkan paten bagi sebuah helmet berteknologi pengenalan muka. Ia berfungsi sebagai ‘kunci’ keselamatan penghidup motosikal. Seberapa segerakah akan kita dapat lihat teknologi ini di pasaran?