Video Tular Penunggang Motosikal Singapura Enggan Memadamkan Rokok Di Stesen Minyak

  • Telah tular sebuah video menunjukkan penunggang dari Singapura sedang merokok di sebuah stesen minyak Petron di kawasan R&R Pagoh.
  • Menurut individu yang bertanggungjawab merakam video berkenaan, dia telah meminta mereka untuk memadamkan rokok.
  • Bagaimana pun, kumpulan itu membalas bahawa dia tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang mereka.
  • Memburukkan lagi keadaan, pekerja Petron dan PLUS tidak dapat membantunya.

Satu video telah tular di media sosial, di mana sekumpulan penunggang dari Singapura enggan memadamkan rokok mereka ketika berada di stesen petrol, walaupun selepas ditegur. Insiden ini telah terjadi di stesen minyak Petron di kawasan R&R Pagoh.

Dalam video berkenaan,seorang penunggang motosikal dilihat sedang merokok dalam kawasan stesen minyak, betul-betul di bawah papan tanda “Dilarang Merokok”. Individu yang bertanggungjawab memuatnaik video ini adalah pemilik akaun Facebook, Thiagarajah Nesan. Menurutnya, dia telah menegur kumpulan tersebut kerana merokok di dalam kawasan stesen minyak namun telah mengatakan yang kumpulan tersebut membalas bahawa Thiagarajah tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang mereka dan meneruskan aksi merbahaya mereka itu.

Tetapi, apa yang berlaku seterusnya juga amat mengecewakan.

Thiagarajah memaklumkan kepada pekerja di stesen, namun, mereka memberitahunya bahawa pengurus stesen tiada pada ketika itu dan ianya bukan tanggungjawab mereka.

Gagal mendapat perhatian para kakitangan stesen, Thiagarajah melaporkan insiden ini kepada pekerja PLUS. Pekerja PLUS berkenaan juga turut mengatakan yang mereka tidak dapat membuat apa-apa mengenainya. Bagaimana pun, mereka menyarankan kepada Thiagarajah untuk merakamkan kesalahan tersebut dan memuatnaiknya ke Facebook.

Pastinya para penunggang berkenaan sedia maklum yang merokok di stesen minyak ini satu tindakan yang amat merbahaya. Namun, Petron dan PLUS juga tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan seharusnya mengambil tindakan. Kerajaan memandang serius kesalahan merokok dan telah menyaman perokok yang merokok di kedai makan dan kawasan yang dilarang, tetapi, mengapa tiada siapa yang mengambil tindakan ke atas mereka yang angkuh ini?

Sumber: Thiagarajah Nesan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.