Dua model Shark Helmets yang boleh didapati di Spartan Concept Store, Sunway kini ditawarkan dengan diskaun hebat. Helmet penuh Shark S700-S yang dijual pada harga RM840 hingga RM880, diskaun 35%. Helmet Shark Speed-R Carbon Series 2 pula diberi diskaun sehingga 40%.
Author: Zarul Faiz
Mitsubishi L200 Barbarian, model pertama dalam rangkaian SVP (Special Vehicle Project) telah diperkenalkan di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017 baru-baru ini. Model L200 Barbarian SVP Mitsubishi ini akan dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad kepada 250 unit sahaja, dan ianya bermula dari £28,479 (kira-kira RM159,693 selepas pertukaran).
Gautier Paulin (Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing) dan kebanyakan penunggang MXGP Pirelli yang lain menguasai Kejohanan Dunia Motocross FIM Grand Prix Eropah. Gautier Paulin dan Pauls Jonass (Red Bull KTM Factory Racing) muncul juara keseluruhan bagi kategori perlumbaan MXGP dan MX2. 19 daripada 20 penunggang yang berada di kelima teratas dalam keempat-empat perlumbaan menggunakan tayar…
Modenas telah melancarkan Servis Bergerak Modenas yang pertama kalinya untuk kesemua pemilik motosikal Modenas. Perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara dalam jarak 30km dari lima pusat servis rasmi Modenas. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk sebarang pembaikan, kerosakan, malahan ianya juga untuk perkhidmatan pintu ke pintu.
Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Tebrau) kini telah menjadi Pusat 4S Honda terbesar di Malaysia dengan keluasan sehingga 142,389 kaki persegi. Sejumlah RM 40 juta telah dilaburkan pada Pusat 4S Honda terbaru ini yang akan menempatkan Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, dan juga Pusat Mengecat. Honda Malaysia telah mencatat peningkatan jualan bagi suku pertama…
Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas. “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.” “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia…
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengiktiraf Perodua Bezza sebagai kereta terbaik dalam kategori “Public Areas and Transport Product” untuk tahun 2016. Perodua Bezza juga telah memenangi anugerah dari Frost & Sullivan Malaysia untuk kategori ‘Car of the Year’ dan juga ‘Debut Car of the Year’…
SYM Smart Shop keenam di dalam negara telah memulakan operasinya di Kluang, Johor. Bilik pameran tiga tingkat ini terdiri daripada ruang pameran eksklusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis serta ruangan bagi aksesori serta alat ganti. Ianya merupakan pusat-sehenti pameran yang menampilkan rangkaian penuh kesemua model moped serta skuter keluaran SYM yang berkualiti…
Suzuki telah memfailkan satu paten bagi sebuah skuter hibrid pacuan dua-roda baru-baru ini di US Patent and Trademark Office (USTPO). Paten ini menunjukkan sebuah skuter hibrid dengan enjin elektrik yang menjana bahagian hadapan dan enjin petrol konvensional memacu roda belakang. Rekabentuk skuter ini agak serupa dengan skuter maxi Suzuki Burgman.