Mitsubishi Motors Telah Melancarkan Rangkaian SVP Di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017

  • Mitsubishi L200 Barbarian, model pertama dalam rangkaian SVP (Special Vehicle Project) telah diperkenalkan di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017 baru-baru ini.
  • Model L200 Barbarian SVP Mitsubishi ini akan dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad kepada 250 unit sahaja, dan ianya bermula dari £28,479 (kira-kira RM159,693 selepas pertukaran).

Sumber Imej : www.autoexpress.co.uk

Mitsubishi Motors in the UK telah melancarkan rangkaian SVP (Special Vehicle Projects – Projek Kenderaan Istimewa) dengan memperkenalkan Mitsubishi L200 Barbarian SVP di Pertunjukan Kenderaan Komersial yang telah diadakan di National Exhibition Centre (NEC), di Birmingham, UK pada 25 hingga 27 April yang lalu.

Dibina dari spesifikasi yang serupa dengan Mitsubishi L200 Barbarian Double Cab yang amat diminati, versi SVP ini menonjolkan ciri yang lebih garang dan menarik perhatian dengan beberapa pengubahsuaian pada rupa luaran serta dalaman bagi edisi L200 Barbarian SVP ini.

Sumber Imej : www.autoexpress.co.uk

Paling ketara adalah penambahan roda 17 inci aloi hitam dilitupi dengan tayar semua-mukabumi BF Goodrich, dilindungi dengan perumah roda baru yang eksklusif, manakala rupa luarannya diserlahkan lagi dengan grill serba baru dan kemasan hitam yang eksklusif pada ukur lilit lampu hadapan dan juga belakang, lampu kabus sekeliling, palang bumbung dan juga dapra belakang.

Melengkapkan perincian luar Mitsubishi L200 SVP yang unik ini adalah tangga sisi diinspirasikan daripada sirip yu, pencahayaan pada ruang muatan belakang, lampu lopak, peredam pintu but bukaan lembut dan juga jata SVP pada pintu but.

Dalamannya pula, model edisi terhad ini dilengkapkan dengan kerusi kulit ‘six-pack’, ilham model Barbarian Double Cab serta sisipan ‘Alston’ ala-suede. Nombor individual setiap model edisi terhad ini akan dijahit ke penyandar kepala beserta dengan logo SVP. Ruangan kaki bahagian hadapan dan belakang didatangkan dengan pencahayaan suasana bersama dengan pengadang pintu bercahaya bagi menambahkan rasa istimewa untuk bahagian dalamannya.

Ciri-ciri standard bagi Mitsubishi L200 Barbarian SVP juga termasuk pengesan hujan dan waktu senja, pembukaan pintu tanpa kunci, navigasi satelit, Bluetooth, lampu depan Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang LED, Kawalan Bersiar dan kamera pengunduran.

Model ini dijanakuasa oleh enjin turbodiesel 2.4 liter yang cekap dan terbukti berkesan, yang menghasilkan 180hp dan 430Nm tork, sementara sistem 4WD Super Select kawalan rotary-dial boleh digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik lima kelajuan dengan menggunakan penukar pedal stereng.

Bagi model pertama dalam rangkaian SVP ini, L200 Barbarian SVP dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti yang terhad. Hanya 250 unit akan dikilangkan. Kemasan warna bagi model eksklusif ini terdapat dalam sama ada Electric Blue Metallic, ataupun dalam Cosmos Black.

Bagi mereka yang ingin memiliki model ini, tempahan telah pun dibuka oleh Mitsubishi Motors in the UK, Pengedar rasmi Mitsubishi di United Kingdom. Harga bagi model L200 Barbarian SVP ini bermula pada £28,479 tidak termasuk VAT (kira-kira RM159,693 selepas pertukaran).

Jadi, bagi peminat-peminat kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi, segeralah dapatkan bantuan rakan-rakan anda di United Kingdom bagi mendapatkan model edisi terhad ini

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]