Mitsubishi Motors Telah Melancarkan Rangkaian SVP Di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017

Mitsubishi L200 Barbarian, model pertama dalam rangkaian SVP (Special Vehicle Project) telah diperkenalkan di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017 baru-baru ini. Model L200 Barbarian SVP Mitsubishi ini akan dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad kepada 250 unit sahaja, dan ianya bermula dari £28,479 (kira-kira RM159,693 selepas pertukaran).