Rekabentuk Perodua Bezza Diiktiraf Majlis Rekabentuk Malaysia

 

  • Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengiktiraf Perodua Bezza sebagai kereta terbaik dalam kategori “Public Areas and Transport Product” untuk tahun 2016.
  • Perodua Bezza juga telah memenangi anugerah dari Frost & Sullivan Malaysia untuk kategori ‘Car of the Year’ dan juga ‘Debut Car of the Year’ baru-baru ini.
  • Ia merupakan kereta sedan pertama untuk syarikat ini dengan status Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV).

Yang Berhormat Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh (tiga dari kiri), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Sdn Bhd diapit oleh Encik Noor Hashiman Sulaiman, Pengurus Besar Kanan, Penyelidikan & Pembangunan Perodua (kiri), bersama Encik Muhamad Zamuren Musa, Timbalan Pengarah Urusan Penyelidikan & Pembangunan Perodua (kanan) bersama kumpulan Penyelidikan & Pembangunan Perodua semasa acara Majlis Rekabentuk Malaysia

Perodua Bezza, keluaran terbaru daripada Perodua telah diiktiraf oleh Majlis Rekabentuk Malaysia(MRM) dalam kategori ‘ Public Areas and Transport Product’ untuk tahun 2016. Majlis Rekabentuk Malaysia merupakan sebuah agensi bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam satu upacara untuk mengiktiraf rekabentuk buatan Malaysia terbaik pada hari Sabtu yang lalu, MRM meraikan pelbagai industri tempatan yang menjalankan aktiviti Penyelidikan & Pembangunan yang berterusan bagi menghasilkan produk yang inovatif. Bagi memperingati pengiktirafan ini, MRM telah menyampaikan anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’ (MGDM) kepada Perodua di Upacara Penganugerahan “The Malaysia Good Design Mark” (MGDM) 2016/2017 pada 18 April yang lalu. Acara ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah.

Bahagian atasan badan bagi model Perodua Bezza ini merupakan kereta direka sepenuhnya oleh Perodua yang pertama dan ianya juga merupakan kereta sedan pertama syarikat kenderaan nasional ini yang disahkan dengan status Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle-EEV).

Selain daripada anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’ dari Majlis Rekabentuk Malaysia, model Bezza ini juga telah berjaya menggondol anugerah ‘Car of the Year’ serta ‘Debut Car of the Year’ dari Frost & Sullivan Malaysia untuk tahun 2017.

Sumber imej: www.perodua.com.my

“Pengiktirafan ini adalah satu bukti kepada kerja keras kami dalam menghasilkan sebuah kenderaan buatan Malaysian dengan piawaian antarabangsa,” Ujar Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

“Sokongan sebegini akan dapat membantu kami untuk memperbaiki diri sendiri disamping meningkatkan kebolehan kami untuk memenuhi keperluan dan sebolehnya mengatasi jangkaan para pelanggan kami kerana kami percaya pada peningkatan yang senantiasa dalam kesemua aktiviti kami,” Kata Datuk Aminar.

“Kami terasa amat rendah diri dengan sokongan kuat dari orang ramai untuk model Perodua Bezza dan juga ingin kami berterima kasih kepada pemegang saham kami termasuklah kepada pelanggan kami atas sokongan padu yang diberikan kepada Perodua,” tambah Datuk Aminar lagi.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut model keluaran PERODUA ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]