Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.

Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak.

Jentera ini adalah berasaskan motosikal, maka dapat dilihat pada ‘stereng’nya yang sama seperti bar pemegang motosikal. Kelebihannya adalah sistem audio siap dilengkapkan, malah lebih penting, berbumbung untuk mengelakkan habuk atau air masuk ke dalam kabin semasa memandunya (menunggangnya?).

EV-3 ini mampu memuatkan 3 penumpang dengan konfigurasi 1+2. 1 pemandu didepan dan 2 penumpang dibelakang.

Jentera unik ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 1,000watt yang mampu membawa berat keseluruhan termasuk penumpang sejumlah 500kg. Namun, dengan muatan penuh ini tidak dapat saya pastikan samada ia boleh bergerak untuk mendaki bukit (walaupun dalam brosur itu ada tertulis ‘strong’).

Menarik dan kini boleh ditempah dengan bayaran RM8,500.

Terus ke sumber asal untuk maklumat lebih lanjut: Malek Jakarullah

98 Replies to “Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999”

    1. dekat selangor lagi la x jalan.. org pakai motor sbb mobility kalau guna menatang ni dok beratur belakang kereta lain gak baik bawak proper car.. tu belum cerita parking

      mungkin dekat bandar2 besar lebih ramai yg beli sbb lebih ramai yg berkemampuan.. tapi x bermakna jumlah pembeli sama dgn jumlah atas jalan.. paling lama org yg beli ni pakai pun sebulan je.. guarantee!

    1. kan? org pakai motor ni rata2 nak cepat.. bukan la maksudnya laju sepanjang masa.. nak elak traffic jam dlm masa yg sama selesa ketika traffic lancar..

      bayangkan memandu dgn kelajuan 50km/h.. naik motor bole la makan angin takde windshield.. ini punya kejadian?

    2. x sempat 100 km/h pun da ke gaung.. x rasa dgn harga tu dia bole selit abs ke tcs ke esc ke apatah lg gyro nak bagi stabil kat selekoh dgn 3 roda

      korang penah tgok mr. bean tak? itupun foot print jauh lebar dari motor sumpahan kereta ni..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.