Servis Bergerak Modenas Kini Boleh Didapati Untuk Pengguna Seluruh Negara

  • Modenas telah melancarkan Servis Bergerak Modenas yang pertama kalinya untuk kesemua pemilik motosikal Modenas.
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara dalam jarak 30km dari lima pusat servis rasmi Modenas.
  • Pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk sebarang pembaikan, kerosakan, malahan ianya juga untuk perkhidmatan pintu ke pintu.

Pengeluar motosikal negara, Modenas (Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd) telah melancarkan Servis Bergerak-nya untuk julung kalinya bagi ke semua pemilik motosikal Modenas di seluruh negara.

Perkhidmatan bergerak ini diadakan sebagai langkah proaktif dari Modenas untuk menunaikan janji perkhidmatan selepas jualan yang terbaik khususnya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memiliki motosikal dan skuter Modenas, sama ada pada masa sekarang mahu pun di masa hadapan. Bagi mereka yang tidak dapat membawa motosikal mereka ke pusat servis rasmi Modenas, mahu pun yang mengalami kerosakan dan memerlukan bantuan segera, perkhidmatan ini merupakan satu tambahan baru yang cukup dinantikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, En. Amirudin Abd Kadir, perkhidmatan terbaru ini adalah bagi memberi sokongan dan perkhidmatan  nilai tambah kepada pemilik motosikal.

“Sebagai permulaan, Servis Bergerak ini akan meliputi jarak merangkumi sejauh lingkungan 30km sahaja dari lima buah pusat servis rasmi MODENAS di seluruh negara. Namun, jika ada pemilik yang mahu membuat temujanji untuk Servis Bergerak, kita juga menyediakan perkhidmatan dari pintu ke pintu,” ujarnya selepas merasmikan pelancaran Servis Bergerak MODENAS di pusat servis MODENAS Shah Alam pada hari Jumaat lalu.

Perkhidmatan terbaru ini boleh didapati dari hari Isnin sehingga Jumaat dari 8 pagi sehingga 5.30 petang. Perkhidmatan ini menawarkan pakej servis biasa dan juga untuk motosikal yang masih di bawah waranti. Bagi mereka yang inginkan perkhidmatan pintu ke pintu, anda boleh membuat temujanji dengan menghubungi talian khidmat pelanggan mereka di 1-800-880-181.

Bagi setiap perkhidmatan Servis Bergerak ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 dan ianya tidak termasuk dengan caj alat gant yang perlu ditukar jika motosikal mengalami kerosakan. Buat masa sekarang, semua pembayaran adalah secara tunai dan sebarang penggantian alat ganti perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi 1-800-880-181 atau sebarang pusat servis rasmi Modenas di nombor-nombor yang tertera di bawah:

Shah Alam (03 – 7848 3776)

Johor Bahru (07 – 236 1695)

Ipoh (05 – 249 8963)

Gurun (04 – 466 8236)

Kuantan (09 – 512 3380)

Berminat untuk membeli motosikal Modenas anda sendiri? TEKAN SINI bagi mengunjungi bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide dan buatlah perbandingan anda sendiri.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]