Pirelli Scorpion MX™ Menguasai Kejohanan Dunia Motocross FIM GP Eropah

  • Gautier Paulin (Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing) dan kebanyakan penunggang MXGP Pirelli yang lain menguasai Kejohanan Dunia Motocross FIM Grand Prix Eropah.
  • Gautier Paulin dan Pauls Jonass (Red Bull KTM Factory Racing) muncul juara keseluruhan bagi kategori perlumbaan MXGP dan MX2.
  • 19 daripada 20 penunggang yang berada di kelima teratas dalam keempat-empat perlumbaan menggunakan tayar Pirelli Scorpion MX™.

Gautier Paulin dalam Perlumbaan 2

Ia merupakan hari yang cukup menggembirakan bagi Pirelli di Belanda dengan majoriti penunggang Kejohanan Dunia Motocross FIM mereka mencatat kedudukan sepuluh teratas di Grand Prix Eropah di Valkenswaard. Penyumbang terbesar dalam pencapaian mereka sudah semestinya Gautier Paulin, penunggang MX berusia 27 tahun yang muncul juara kategori MXGP, menunggang bagi pasukan Rockstar Energy Husqvarna Racing.

Gautier Paulin (Sumber imej: Pirelli)

“Dalam siri MXGP, ianya seperti pertarungan berhabis-habisan sejurus sahaja pagar itu dijatuhkan sehinggalah ke bendera penamat dan ianya sesuatu yang bukannya kebiasaan bagi saya, namun kami tetap berusaha,” ujar Herlings, “Kami mencapai kelajuannya dan saya rasa hanya satu lagi yang perlu diperbaiki iaitu permulaannya. Saya rasa seperti sudah begitu hampir hari ini, cukup hampir untuk menang dan itu sudah semestinya amat bagus.”

Jeremey Van Horebeek

Paulin telah memenangi perlumbaan pertama dan di tempat kedua untuk perlumbaan kedua bagi kategori MXGP dan telah memastikan kejuaraan keseluruhan untuk Grand Prix Eropah. Kembalinya dia ke perlumbaan motocross menunjukkan kepada semua bahawa dia masih lagi berbisa dan mampu bersaing dengan pencabar seperti Jeremy Van Horebeek (Monster Energy Yamaha Factory Racing), Jeffrey Herlings (Red Bull KTM Factory Racing), serta Antonio Cairoli dari Red Bull KTM Factory Racing yang telah memenangi Perlumbaan 2.

Jeffrey Herlings

Pendahulu Kejohanan MXGP masih lagi Tim Gajser (Pasukan HRC) dengan 234 mata, Antonio Cairoli di tempat kedua dengan 220 mata dan Gautier Paulin dengan 192 mata berada di tempat ketiga.

Pauls Jonass

Dalam kategori MX2, Pauls Jonass dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah menyapu bersih dalam kedua-dua perlumbaan dan menjadi juara keseluruhan. Penunggang berusia 20 tahun berasal dari Latvia ini telah berjaya menangkis serangan penunggang berbakat lain seperti Julien Lieber (LRT KTM) dan Thomas Covington dari pasukan Rockstar Energy Husqvarna Factory Racing.

Pauls Jonass (Sumber imej: Pirelli)

Pauls Jonass kini teratas dalam kejohanan MX2 dengan 242 mata; 19 mata di hadapan Jeremy Seewer (Suzuki Racing) dengan 223 mata dan Julien Lieber dengan 197 mata.

Jeremy Seewer

Litar yang sangat mencabar ini yang berpasir dan komposisi bawah yang keras tidak menjadi satu masalah bagi kombinasi tayar lembut belakang dan separa lembut hadapan Pirelli Scorpion MX™ untuk mengeksploit kesemua kategori dan posisi podium.

TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang tayar Pirelli Scorpion MX™.

Pusingan ketujuh Kejohanan Dunia Motocross FIM akan menyaksikan lebih banyak aksi di litar Kegums bagi Grand Prix Latvia pada 7 Mei 2017. Buat sementara itu, saksikanlah sorotan menarik perlumbaan GP Eropah di bawah.

Keputusan perlumbaan Grand Prix Eropah:

MXGP race 1

1.PAULIN Gautier (FRA)
2.VAN HOREBEEK Jeremy (BEL)
3.HERLINGS Jeffrey (NED)
4.BOBRYSHEV Evgeny (RUS)
5.JASIKONIS Arminas (LTU)

MXGP race 2

1.CAIROLI Antonio (ITA)
2.PAULIN Gautier (FRA)
3.HERLINGS Jeffrey (NED)
4.GAJSER Tim (SLO)
5.VAN HOREBEEK Jeremy (BEL)

MX2 race 1

1.JONASS Pauls (LAT)
2.LIEBER Julien (BEL)
3.COVINGTON Thomas (USA)
4.SEEWER Jeremy (SUI)
5.VAN DONINCK Brent (BEL)

MX2 race 2

1.JONASS Pauls (LAT)
2.SEEWER Jeremy (SUI)
3.VAN DONINCK Brent (BEL)
4.OLSEN Thomas Kjer (DEN)
5.LAWRENCE Hunter (AUS)

Sumber Gambar: www.fullnoise.com.au

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply