Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera. Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia. Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.
Author: Zarul Faiz
Pasukan Petronas Raceline Malaysia akan berpisah dengan Hafizh Syahrin pada tahun 2018. Hafizh Syahrin telah berjaya menaiki podium sebanyak dua kali pada tahun ini. Dia juga telah bersama dengan pasukan Petronas Raceline Malaysia sejak 10 tahun yang lalu.
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan sebuah peraduan Pengejar Impian Facebook bermula sekarang sehingga 8 Disember 2017. Tiga warganegara Malaysia yang bertuah dengan kisah penuh inspirasi yang terbaik akan berpeluang untuk memenangi bekalan minyak pelincir Petronas Sprinta dan Primax selama setahun. Kempen peraduan ini telah diadakan sebagai salah satu cara bagi Petronas…
Boon Siew Honda akan mengadakan Honda Asian Journey 2017, pengembaraan kali kedua seumpamanya yang akan bermula dari 26 Oktober 2017 hingga 29 Oktober 2017. Bersempena dengan pusingan MotoGP tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang, lebih daripada 600 orang penunggang dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan India akan mengambil bahagian. Tujuan utama acara Honda Asian…
Ketua Polis Kelantan telah mengeluarkan satu nasihat perjalanan buat warga Malaysia yang melawat negara Thailand. Warga Malaysia tidak dilarang daripada menunggang memasuki Thailand, tetapi, perlu sentiasa berhati-hati. Wilayah Selatan Thailand telah bergolak dengan keganasan.
Yamaha Motor Europe telah mengeluarkan sebuah video usikan yang bertajuk “Ride the Evolution” yang mungkin sekali mengandaikan kemunculan motosikal tiga roda Yamaha MWT-9. Yamaha akan memperkenalkan pelbagai motosikal baru di Pertunjukan Motor Tokyo 2017 yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2017. Khabar angin juga turut mengatakan yang akan adanya sebuah motosikal Yamaha MT-09 serba…
KTM Malaysia telah bersiap sedia bagi menyemarakkan MotoGP Malaysia 2017 dengan warna READY TO RACE Orange. KTM Malaysia juga akan menawarkan KTM MotoGP Fan Package. Nantikan kehadiran motosikal KTM terkini beserta dengan sesi ‘Meet & Greet‘ bersama para penunggang utama KTM.
Juara bagi pertandingan “Castrol Bike Mechanic Contest 2017” akan mewakili Malaysia dalam pusingan akhir peringkat Asia-Pasifik. Hanya 3 orang pemenang telah dipilih daripada 800 orang peserta. Pusingan akhir peringkat ASi-Pasifik akan diadakan di Pattaya, Thailand dalam bulan November.
Ducati baru sahaja memperkenalkan motosikal Ducati Monster 821 2018 yang terbaru daripada pengeluar itu sebagai satu pratonton buat semua penggemar Ducati. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 model berkenaan, motosikal 821 yang baru ini diinspirasikan oleh motosikal Monster 900 yang pertama sekali serta oleh motosikal yang amat berkuasa, Monster 1200. Motosikal Monster 821 2018…