Benelli 402S 2018 – Ducati XDiavel Mini?

  Pengeluar motosikal Benelli bakal melancarkan motosikal cruiser terbaru mereka, Benelli 402S 2018 pada tahun hadapan. Secara terang-terangan mengambil ilham dari motosikal power cruiser Ducati XDiavel, motosikal Benelli 402S mempunyai pelbagai persamaan dari segi rupa parasnya. Dijana oleh enjin berkembar-selari 399cc, motosikal 402S ini dikatakan mampu menghasilkan 39hp dan 35Nm tork.

MotoGP: Aspar Ducati Dijenamakan Semula Menjadi Angel Nieto Team

Pasukan Pull&Bear Aspar Ducati MotoGP telah memutuskan untuk menjenamakan semula pasukan mereka sebagai Angel Nieto Team. Penjenamaan semula ini dilakukan sebagai satu tanda hormat bagi juara dunia 13 kali yang telah meninggal dunia, Angel Nieto. Nieto telah meninggal dunia pada bulan Ogos yang lalu apabila dia telah bertembung dengan sebuah kenderaan yang lain sewaktu menunggang…

Honda Bersedia Untuk Bersaing dalam Suzuka 8 Hours 2018 Bersama Dengan Pasukan Pengilang HRC

  Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya satu lagi penyertaan baru bagi perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours 2018 bersama dengan pasukan pengilang HRC mereka. Pengumuman ini dibuat setelah Yamaha Factory Racing Team memenangi perlumbaan ikonik buat tiga tahun yang lalu. Pengeluar tersohor dari Jepun itu mungkin juga bakal menggunakan penunggang utama mereka dari siri perlumbaan…

Modenas Pulsar Power Test

Pengeluar motosikal kebangsaan, MODENAS telah menganjurkan sebuah acara besar-besaran meraikan duah buah model Pulsar terkini mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari sewaktu acara berkenaan berlangsung. Hadiah utama cabutan bertuah acara berkenaan merupakan sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 serba baru.

Motosikal Kembara 400cc Royal Enfield Himalayan 2018 – RM18370!

    Royal Enfield Baru sahaja mempratontonkan tawaran terkini mereka untuk tahun hadapan dalam bentuk sebuah motosikal kembara, Royal Enfield Himalayan 2018. Motosikal kembara tahap mulaan ini dilengkapi dengan sebuah enjin 411cc satu silinder yang menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. Motosikal Royal Enfield 2018 ini dijangkakan tiba di bilik pameran seluruh dunia sekitar bulan Jun…