Kedai Konsep GoPro Kini DIBUKA Di Sunway Pyramid!

  • Kedai konsep GoPro pertama telah dilancarkan awal hari ini yang terletak di Sunway Pyramid di Petaling Jaya.
  • Rangkaian penuh produk GoPro seperti kamera aksi, dron, dan aksesori kini terdapat di bawah satu bumbung.
  • Diskaun serta tawaran yang menakjubkan bersempena dengan pelancaran kedai konsep GoPro, jadi, segeralah ke sana!

Pengedar dan pengimport eksklusif peralatan GoPro di Malaysia, FunSportz Sdn. Bhd., bersama dengan pengedar rasmi mereka, Fotokem Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan Kedai Konsep GoPro yang pertama di Malaysia. Kedai yang baru ini telah dilancarkan dan dirasmikan hari ini di Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor.

Kedai GoPro yang pertama di dalam negara ini akan menjual rangkaian penuh kamera, dron dan aksesori GoPro, dari kamera aksi terkininya GoPro Hero 6 hinggalah ke dron mereka yang tercanggih, GoPro Karma. Bagi kebanyakan penggemar permotoran yang mencari kamera aksi yang paling sesuai untukmerakamkan dan mengimbau kembali pengembaraan penunggangan mereka, GoPro adalah pilihan utama mereka bagi merakam dan menayang semula pengembaraan mereka untuk seluruh dunia.

Menurut Encik Khoo Boo Hian, Pengarah Urusan FunSportz Sdn. Bhd., “Pembukaan kedai konsep GoPro yang pertama seumpamanya di Malaysia menandakan pencapaian yang penting bagi GoPro di Malaysia dan juga buat FunSportz. Kami menanti-nantikan peluang untuk membekalkan para pelanggan dengan pengalaman unik GoPro apabila mereka mengunjungi kedai konsep GoPro.”

Ianya satu acara yang teramat istimewa buat seorang peminat GoPro yang telah menunggu sejak semalam untuk menjadi pelanggan yang pertama membeli belah di kedai konsep GoPro. Ganjarannya? Selain daripada membeli sebuah GoPro Hero 6, dia telah membawa pulang sebuah lagi kamera aksi GoPro Hero 6 secara percuma! Anda benar-benar bertuah!

Buat anda sekalian yang lain, GoPro juga sedang mengadakan diskaun dan tawaran hebat bersempena dengan pelancaran tersebut. Jadi, kunjungilah Sunway Pyramid dan dapatkan produk GoPro sebelum tamat tawaran. Salah sebuah tawaran yang amat menarik adalah sekiranya anda membeli mana-mana kamera aksi pada hujung minggu ini, anda boleh dapatkan unit kedua dengan 40% diskaun!

Sudah pasti ianya adalah hadiah yang amat menarik sekali. Kunjungi mereka di LG2.63, Lower Ground, Sunway Pyramid.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]