Pengeluar motosikal Benelli bakal melancarkan motosikal cruiser terbaru mereka, Benelli 402S 2018 pada tahun hadapan. Secara terang-terangan mengambil ilham dari motosikal power cruiser Ducati XDiavel, motosikal Benelli 402S mempunyai pelbagai persamaan dari segi rupa parasnya. Dijana oleh enjin berkembar-selari 399cc, motosikal 402S ini dikatakan mampu menghasilkan 39hp dan 35Nm tork.
Author: Zarul Faiz
Motosikal Kawasaki Z900RS serta Z900RS Cafe 2018 bakal membuat kemunculannya pada tahun hadapan. Kedua-dua buah motosikal ini adalah motosikal moden klasik yang sejati. Kemunculannya bakal menggegarkan lagi pasaran.
Pasukan Pull&Bear Aspar Ducati MotoGP telah memutuskan untuk menjenamakan semula pasukan mereka sebagai Angel Nieto Team. Penjenamaan semula ini dilakukan sebagai satu tanda hormat bagi juara dunia 13 kali yang telah meninggal dunia, Angel Nieto. Nieto telah meninggal dunia pada bulan Ogos yang lalu apabila dia telah bertembung dengan sebuah kenderaan yang lain sewaktu menunggang…
Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya satu lagi penyertaan baru bagi perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours 2018 bersama dengan pasukan pengilang HRC mereka. Pengumuman ini dibuat setelah Yamaha Factory Racing Team memenangi perlumbaan ikonik buat tiga tahun yang lalu. Pengeluar tersohor dari Jepun itu mungkin juga bakal menggunakan penunggang utama mereka dari siri perlumbaan…
MV Agusta baru sahaja mengumumkan bahawa model terkini dalam rangkaian motosikal RC mereka, iaitu MV Agusta F3 RC. Rangkaian RC akan mempunyai kedua-dua buah model MV Agusta F3 675 dan 800. Segala kelengkapan tambahannya itu telah meletakkan harga bagi kedua-duah buah model ini pada tahap $19,998 dan $21,998 (RM81,541 dam RM89,696).
Pengeluar motosikal kebangsaan, MODENAS telah menganjurkan sebuah acara besar-besaran meraikan duah buah model Pulsar terkini mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari sewaktu acara berkenaan berlangsung. Hadiah utama cabutan bertuah acara berkenaan merupakan sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 serba baru.
Royal Enfield Baru sahaja mempratontonkan tawaran terkini mereka untuk tahun hadapan dalam bentuk sebuah motosikal kembara, Royal Enfield Himalayan 2018. Motosikal kembara tahap mulaan ini dilengkapi dengan sebuah enjin 411cc satu silinder yang menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. Motosikal Royal Enfield 2018 ini dijangkakan tiba di bilik pameran seluruh dunia sekitar bulan Jun…
Kedai konsep GoPro pertama telah dilancarkan awal hari ini yang terletak di Sunway Pyramid di Petaling Jaya. Rangkaian penuh produk GoPro seperti kamera aksi, dron, dan aksesori kini terdapat di bawah satu bumbung. Diskaun serta tawaran yang menakjubkan bersempena dengan pelancaran kedai konsep GoPro, jadi, segeralah ke sana!