Tunggangan kembara GIVI Explorer Tour dijadikan medan ujikaji produk GIVI bagi menyediakan produk terbaik untuk pengguna mereka. Tunggangan kembara “GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure” telah melintasi 3 negara Indochina iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam. Pelbagai motosikal daripada model dan jenama yang berbeza telah dipilih bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.
Author: Zarul Faiz
Ramai peminat pasti tertanya-tanya akan jumlah pendapatan seorang penunggang MotoGP, terutamanya bagi tahun 2018. Menurut panduan anggaran kasar yang telah dikeluarkan oleh www.express.co.uk, jumlahnya adalah di antara RM1 juta hingga RM44 juta setiap musim. Enam penunggang teratas sudah pasti adalah penunggang pasukan pengilang dari Movistar Yamaha, Ducati Team, dan Repsol Honda.
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan Pusat Honda BigWing pertama di Malaysia di Setapak, Kuala Lumpur. Pusat motosikal besar Honda serba baru itu bertumpukan kepada model-model motosikal Honda yang terbaik di atas 250cc. Honda X-ADV 2018 dan juga Honda CRF1000L Africa Twin telah dipratontonkan sewaktu upacara pembukaan besar-besarannya itu.
Rimba Raid Adventure Weekend adalah satu acara terbaru untuk komuniti penggemar motosikal dwi-sukan ASEAN. Ianya akan diadakan bermula 10 hingga 12 Februari 2018 di Kampung Chemperoh di Janda Baik, Pahang. Sudah ada lebih daripada 100 peserta yang telah mengesahkan diri akan menghadiri acara ini.
Sky Sport telah menyiarkan berita bahawa Hafizh Syahrin akan menyertai kelas MotoGP. Dia akan menggantikan Jonas Folger bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Sepang Racing Team sudah pun menandatangani Zulfahmi Khairuddin bagi menggantikan tempat Hafizh dalam Moto2.
Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Ianya merupakan satu lagi tahun yang hebat buat jualan seluruh dunia BMW Motorrad pada tahun 2017. Peningkatan ini boleh dianggap disebabkan oleh pengenalan model-model yang baru. Rangkaian yang baru termasuklah motosikal-motosikal untuk hampir setiap segmen, termasuklah motosikal berkapasiti lebih kecil.
Indian Motorcycle telah memperkenalkan sebuah motosikal ‘flat tracker’, Indian Scout FTR1200 Custom, sewaktu EICMA 2017. Setelah mendapat pelbagai maklum balas yang positif, ianya kelihatan seperti syarikat Indian mungkin sekali akan mengeluarkan motosikal FTR1200. Motosikal FTR1200 Custom ini diasaskan daripada motosikal ‘flat tracker’ yang cukup berjaya, FTR750, yang telah memenangi tiga perlumbaan dalam Siri Flat Track…
Suzuki Motors of America telah mengeluarkan satu panggilan semula untuk motosikal Suzuki GSX-R1000 2017 dan 2018 berkenaan dengan satu isu yang berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan rantai. 3,097 buah unit telah dikenalpasti di Amerika Syarikat melalui NHTSA di mana rantainya mungkin putus sewaktu menukar dari gear satu ke gear dua pada RPM tinggi. Engine Control Module…