Panggilan Semula Suzuki GSX-R1000 2017-2018 Di Atas Kemungkinan Kerosakan Rantai

  • Suzuki Motors of America telah mengeluarkan satu panggilan semula untuk motosikal Suzuki GSX-R1000 2017 dan 2018 berkenaan dengan satu isu yang berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan rantai.
  • 3,097 buah unit telah dikenalpasti di Amerika Syarikat melalui NHTSA di mana rantainya mungkin putus sewaktu menukar dari gear satu ke gear dua pada RPM tinggi.
  • Engine Control Module (ECM), rantai, dan gegancu akan diperiksa dan digantikan bagi menyelesaikan masalah ini.

Suzuki Motors of America, Inc. telah mengeluarkan satu panggilan semula bagi model Suzuki GSX-R1000 2017 hingga 2018 terbaru mereka bagi satu isu yang boleh menyebabkan rantai terputus sewaktu menukar gear ketika RPM tinggi. Laporan panggilan semula ini telah dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NTHSA), di mana mereka telah mengenal pasti 3,097 buah unit yang terjejas dalam pasaran Amerika Syarikat.

Menurut laporan berkenaan, “Suzuki Motor of America, Inc. (Suzuki) sedang memanggil semula model GSX-R1000 2017-2018,GSX-R1000A,GSX-R1000RA, dan GSX-R1000RZA yang tertentu. Sewaktu menukar dari gear satu ke gear dua, jika penunggang gagal untuk masuk gear kedua, satu keadaan neutral akan wujud dan boleh menyebabkan RPM enjin yang amat tinggi. Jika penunggang kemudiannya masuk gear kedua tanpa melepaskan klac, rantai motosikal mungkin meregang atau putus.”

Sebagai sebahagian daripada proses panggilan semula, Suzuki America akan menghubungi ke semua pemilik yang terjejas bagi menggantikan Engine Control Module (ECM) bagi menyelesaikan masalah ini. Rantai pandu dan gegancu akan turut diperiksa dan digantikan secara percuma sekiranya perlu.

Tiada lagi sebarang berita dari Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. jika terdapat sebarang unit yang terjejas di Malaysia. Para pemilik yang memiliki model GSX-R1000 2017-2018 boleh menghubungi mana-mana pengedar sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Untuk membaca laporan asal yang dikeluarkan oleh NTHSA, TEKAN SINI.

Replika MotoGP Suzuki GSX-R1000 2018 Diperkenalkan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.