Motosikal Indian Scout FTR1200 Custom Akan Dikeluarkan?

  • Indian Motorcycle telah memperkenalkan sebuah motosikal ‘flat tracker’, Indian Scout FTR1200 Custom, sewaktu EICMA 2017.
  • Setelah mendapat pelbagai maklum balas yang positif, ianya kelihatan seperti syarikat Indian mungkin sekali akan mengeluarkan motosikal FTR1200.
  • Motosikal FTR1200 Custom ini diasaskan daripada motosikal ‘flat tracker’ yang cukup berjaya, FTR750, yang telah memenangi tiga perlumbaan dalam Siri Flat Track Amerika 2017.

Indian Motorcycle cukup terkenal kerana kesungguhannya dalam dunia perlumbaan ‘flat track’. Motosikal Indian Scout FTR750 buatan mereka yang telah dikemudi oleh pasukan Wrecking Crew yang cukup popular itu dalam Siri Flat Track Amerika telah memberi ilham kepada kelahiran jentera konsep Indian Scout FTR1200 Custom.

Diperkenalkan pada lewat tahun lalu sewaktu pertunjukan EICMA yang telah berlangsung di Milan, jenama berkenaan sedang berusaha untuk memperkembangkan lagi rangkaian mereka dengan sebuah motosikal berprestasi lumba alternatif yang menyeronokkan dan juga agresif untuk kumpulan penggemar motosikal yang lebih luas, terutamanya bagi golongan yang lebih muda.

Motosikal FTR1200 Custom dilengkapi dengan enjin V-Twin 1,13cc, mirip dengan apa yang boleh didapati pada motosikal Indian Scout yang standard, tetapi, telah dipasang pada kerangka keluli tiub yang diambil dari motosikal baka perlumbaan, FTR750. Motosikal FTR750 telah mendominasi Siri Flat Track Amerika 2017 dengan meraih tiga kemenangan, jadi, tidak hairanlah sekiranya Indian mengambil peluang mengeluarkan motosikal ini bagi memperingati jentera perlumbaan unggul mereka tersebut.

Ciri yang paling lawa padanya sudah semestinya sepasang paip ekzos yang disisip kemas pada sisinya, hasil binaan S&S. Sekiranya Indian dapat mengekalkan rupa paras keseluruhannya bersama dengan jarak antara roda yang lebih pendek dan ‘sporty’, kita mungkin sahaja akan menyaksikan kemunculan semula jenama ini di masa yang akan datang.

Namun begitu, ianya pasti agak sukar bagi Indian untuk mengekalkan badan karbon fiber dan paip ekzos S&S yang cantik itu jika mereka ingin mengilangkannya dan pada masa yang sama, mematuhi peraturan emisi Euro semasa. Itu tidak ambil kira harganya lagi.

Walau apa pun jua, motosikal Indian FTR1200 Custom ini tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal buatan Indian yang paling cantik, agresif, dan tampak moden buat setakat ini, dengan rupa ‘jahat’nya yang tersendiri. Kalaulah kami ada dananya, sepantas kilat kami akan dapat si cantik molek ini!

Diuji : Indian Scout

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]