Triumph Motorcycles baru sahaja memfailkan satu cap dagang (trademark) terbaru untuk nama Daytona dan ianya mungkin sekali untuk motosikal Triumph Daytona 765 2019. Pemohonan itu telah dibuat di Amerika Syarikat dan juga Eropah bagi memastikan tiada sebarang masalah apabila model baru itu dilancarkan. Dan dengan pembekalan enjin 765cc baru bagi musim 2019 Moto2 oleh…
Author: Zarul Faiz
Motosikal Suzuki Hayabusa 2019 dikatakan akan dilengkapi dengan sebuah sistem transmisi separa automatik yang baru. Paten-paten baru telah difailkan oleh pengeluar Jepun tersebut di Jepun, Amerikan Syarikat, dan Jerman baru-baru ini. Sistem baru ini menggunakan penggerak (actuator) bagi mengawal klac dan penukar gear di samping menggabungkannya dengan penukar gear kawalan kaki tradisional.
Dani Pedrosa (Repsol Honda) telah menetapkan catatan masa yang terpantas di Litar Antarabangsa Buriram sewaktu sesi ujian tiga hari MotoGP di Thailand. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) tidak ketinggalan jauh di atas jentera Yamaha M1-nya. Marc Marquez (Repsol Honda) menduduki tangga ketiga setelah menyempurnakan lebih daripada 300 pusingan di Litar Antarabangsa Buriram.
Marc Marquez (Repsol Honda) telah menyambut hari lahirnya yang ke-25 dengan penuh bergaya sekali semalam dengan mencipta rekod catatan masa terpantas di Buriram. Dani Pedrosa tidak jauh ketinggalan di belakang, berada di kedudukan P2 dengan catatan masa 1:30.127. Jack Miller (Alma Pramac Racing) terus mengagumkan semua orang dengan mencatatkan masa pusingan ketiga terpantas pada…
Ujian kali pertama di atas jentera Yamaha M1 untuk Hafizh Syahrin ternyata menunjukkan kemajuan yang ketara pada Ujian Buriram MotoGP 2018. Walaupun berada di kedudukan terakhir, penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 itu hanya berada 0.4 saat di belakang seorang lagi penunggang ‘rookie’, Tom Luthi (Marc VDS). Hafizh Syahrin adalah penunggang Malaysia pertama yang mengemudi…
Satu panggilan semula Kawasaki Ninja ZX-10R baru sahaja bermula di Amerika Syarikat di mana NHTSA telah mengenal pasti satu isu yang besar berkaitan dengan gear transmisi. Hampir 4,000 unit motosikal ZX-1-R dan ZX-10RR yang telah dikeluarkan dari tahun 2016 hingga 2018 telah dikenalpasti menghadapi isu ini. Daya impak yang kuat mungkin akan menyebabkan gear…
Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…
Zulfahmi Khairuddin telah memperkenalkan motosikal perlumbaan Moto2 Kalex terbarunya semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Baru sahaja dipanggil bagi menunggang untuk pasukan SIC Racing Team, penunggang berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk kembali berlumba dalam kategori kelas pertengahan paling berdaya saing di dalam dunia. SIC Racing Team telah bekerjasama dengan KBS Malaysia bagi menaja usaha…
Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 telah dilancarkan secara rasmi semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Kerjasama yang baru di antara Petronas dan SIC ini telah menghasilkan arah tujuan baru pasukan berkenaan bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggangnya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki telah bersedia bagi menggalas cabaran bersaing dalam kelas Moto3.