Panggilan Semula Kawasaki Ninja ZX-10R Sedang Berlaku Di Amerika Syarikat – Kotak Gear Mungkin Rosak?

 

  • Satu panggilan semula Kawasaki Ninja ZX-10R baru sahaja bermula di Amerika Syarikat di mana NHTSA telah mengenal pasti satu isu yang besar berkaitan dengan gear transmisi.
  • Hampir 4,000 unit motosikal ZX-1-R dan ZX-10RR yang telah dikeluarkan dari tahun 2016 hingga 2018 telah dikenalpasti menghadapi isu ini.
  • Daya impak yang kuat mungkin akan menyebabkan gear transmisi untuk rosak sewaktu penukaran gear terutamanya sewaktu dalam gear 2, 3, dan 4.

Ninja ZX-10RR 2018

Satu panggilan semula bagi motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R yang sedang berlaku di Amerika Syarikat pada waktu ini di mana hampir 4,000 unit motosikal ZX-10R dan ZX-10RR yang telah dikeluarkan dari tahun 2016 hingga 2018 telah dikenalpasti telah terjejas akibatnya. Berdasarkan sebuah laporan yang telah dibuat oleh NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration), “Daya impak yang kuat mungkin akan menyebabkan gear transmisi untuk rosak sewaktu menukar gear.”

Kawasaki Motors Corp., USA telah mengambil langkah proaktif setelah mengenalpasti puncanya apabila isunya telah muncul pada motosikal yang telah dijual di Thailand. Mereka telah mendapati bahawa kekuatan gear transmisi terutamanya sewaktu dalam gear 2, 3, dan 4 lebih cenderung untuk rosak akibat daya impak yang kuat sewaktu penukaran gear.

Di bawah ini adalah nota panggilan semula yang telah dikeluarkan oleh NHTSA untuk pasaran Amerika Syarikat.

Transmission Gears May Break
If the transmission gears break it can cause a loss of control, increasing the risk of a crash.

NHTSA Campaign Number: 18V089000

Manufacturer Kawasaki Motors Corp., U.S.A.

Components POWER TRAIN

Potential Number of Units Affected 3,964

Summary
Kawasaki Motors Corp., U.S.A. (KMC) is recalling certain 2016-2018 ZX-10R and ZX-10RR (ZX1000R, ZX1000S, and ZX1000Z) motorcycles. A high impact force may cause the transmission gears to break during shifting.

Remedy
KMC will notify owners, and dealers will replace the 2nd, 3rd, 4th output gears and the 2nd input gear, free of charge. The recall is expected to begin February 15, 2018. Owners may contact KMC customer service at 1-866-802-9381. KMC’s number for this recall is MC18-01.

Notes
Owners may also contact the National Highway Traffic Safety Administration Vehicle Safety Hotline at 1-888-327-4236 (TTY 1-800-424-9153), or go to www.safercar.gov.

Azlan Shah di atas jentera ZX-10R pasukan Kawasaki Team Green

Setakat ini, tiada sebarang berita sama ada model-model yang berada di Malaysia juga turut terjejas dan kami sedang mencuba sedaya upaya dalam mendapatkan sebarang maklumat dari Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan sesegera yang mungkin. Kami akan maklumkan kepada anda semua sebaik sahaja kami mendapat sebarang perkembangan terkini. Buat sementara waktu, tungganglah dengan selamat dan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua yang menyambutnya!

Sumber NHTSA

WorldSBK: KRT Lancarkan Jentera Perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018!