Harley-Davidson baru sahaja memfailkan permohonan cap dagang (trademark) di bawah nama Revelation. Cap dagang yang difailkan di USTPO itu adalah bagi bateri untuk kenderaan dan ‘drivetrain’ bagi kedua-dia kenderaan dan motosikal elektrik. Revelation kedengaran lebih seperti teknologi yang akan digunakan oleh Harley-Davidson bagi menjana motosikal elektrik mereka yang seterusnya berbanding sebuah teknologi yang serba…
Author: Zarul Faiz
Harley-Davidson baru sahaja memperkenalkan motosikal Harley-Davidson Iron 1200 dan Forty-Eight Special 2018. Dua model terbaru ini adalah tambahan bagi rangkaian Sportster mereka yang datang dengan enjin Evolution V-Twin 1,200cc mereka. Motosikal Iron 1200 telah ditetapkan harganya pada $9,999 (RM39,131) manakala Forty-Eight Special pula pada tanda harga $11,299 (RM44,218) untuk pasaran Amerikat Syarikat.
Penunggang Moto2, Francesco Bagnaia, telah menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan pasukan Pramac Ducati MotoGP. Penunggang dari Itali berusia 21 tahun itu akan merealisasikan impian MotoGPnya pada tahun 2019 dan 2020 di atas jentera Ducati. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Bagnaia dan pasukan SkyVR46 Racing di laman Twitter.
SIC dan Hafizh Syahrin telah mengesahkan tempat penunggang berkenaan dengan pasukan Monster Yamaha Tech3. Sesi ujian pertama Hafizh di atas jentera Yamaha YZF-M1 di Litar Antarabangsa Buriram cukup memberangsangkan. Tinggal satu lagi sesi ujian pra musim MotoGP di Qatar bermula dari 1 hingga 3 Mac sebelum bermulanya musim pada tahun ini.
Pasukan Repsol Honda MotoGP telah berada di Indonesia bagi melancarkan kemasan grafik terbaru jentera Honda RC213V 2018. Upacara tersebut telah berlangsung di Jakarta International Expo 2018. Dani Pedrosa dan Marc Marquez juga turut hadir untuk acara pelancaran tersebut untuk beramah mesra dengan peminat mereka di Indonesia.
Triumph Motorcycles telah mendedahkan harga rasmi bagi rangkaian Triumph Speed Triple 2018 terkini mereka. Motosikal Speed triple S 2018 didatangkan dengan harga $14,350 (RM56,101) manakala RS pula akan disediakan pada harga $16,350 (RM63,920). Jumlah tambahan yang kecil untuk RS itu akan membolehkan anda mendapat suspensi Ohlins, ekzos Arrow, kelengkapan elektronik yang dipertingkatkan (IMU, kawalan cengkaman,…
Kawasaki Motors Malaysia telah mengeluarkan satu pemberitahuan yang berkaitan dengan panggilan semula sedunia bagi model Kawasaki Ninja ZX-10R dan ZX-10RR. Model yang terjejas telah dihasilkan dari tahun 2016 hingga 2017 berpunca dari satu kemungkinan kerosakan gear transmisi apabila dikenakan dengan daya impak yang besar. Usaha memperbaikinya terdiri daripada menggantikan gear output 2, 3, dan 4…
Pasukan Repsol Honda MotoGP telah menguji lengan ayun karbon fiber baru untuk motosikal Honda RC213V 2018. Pakej keseluruhan 2018 mereka bersama dengan lengan ayun yang baru itu tampak berfungsi dengan baik sekali buat kedua-dua Marquez dan Pedrosa. Pedrosa berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di Litar Antarabangsa Buriram pada hari terakhir sesi ujian pra musim di…
Ada sesetengah pihak telah bertanya, adakah Hafizh Syahrin penunggang MotoGP Malaysia yang pertama. Selepas selesainya sesi ujian MotoGP di Thailand, kita tidak boleh nafikan lagi yang Hafizh adalah penunggang dari Malaysia yang pertama mengemudi motosikal MotoGP 1,000cc era moden ini. Pengesahan muktamad akan datang dari pasukan Monster Yamaha Tech3 sama ada Hafizh Syahrin akan menjadi…