Kawasaki Malaysia Sahkan Panggilan Semula Bagi Kawasaki Ninja ZX-10R Dan ZX-10RR

  • Kawasaki Motors Malaysia telah mengeluarkan satu pemberitahuan yang berkaitan dengan panggilan semula sedunia bagi model Kawasaki Ninja ZX-10R dan ZX-10RR.
  • Model yang terjejas telah dihasilkan dari tahun 2016 hingga 2017 berpunca dari satu kemungkinan kerosakan gear transmisi apabila dikenakan dengan daya impak yang besar.
  • Usaha memperbaikinya terdiri daripada menggantikan gear output 2, 3, dan 4 dan gear input 2 dalam transmisinya.

 

Lima hari yang lalu, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengeluarkan satu panggilan semula di Amerika Syarikat untuk sekitar 4,000 buah unit motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R dan ZX-10RR yang dikeluarkan dari tahun 2016 hingga 2018. Panggilan semula itu dikeluarkan akibat sistem transmisi yang pincang tugas, yang mana boleh menyebabkan kerosakan pada gear sewaktu penukaran gear.

Masalah ini pada mulanya telah dikenalpasti di pasaran Thailand dan sejurus itu, Kawasaki Motors Corp., USA telah mengesahkan panggilan semula dan mengumumkan satu tindakan proaktif bagi memastikan ke semua unit yang terjejas diperbaiki secepat yang mungkin.

Ianya dikatakan berpunca dari gear transmisi 2 hingga 4 yang cenderung untuk rosak apabila dikenakan dengan daya impak yang besar sewaktu penukaran gear. Kini, Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah mengesahkannya dan telah mengambil inisiatif sebagai pengimport yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti, memeriksa, dan memperbaiki ke semua unit ZX-10R ABS dan ZX-10RR yang terjejas di Malaysia.

Pemberitahuan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kawasaki Motors Malaysia boleh di baca seperti di bawah:

Notification from Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.

To our valued Ninja ZX-10R ABS and Ninja ZX-10RR owners and users,

We thank you very much for your support and trust in Kawasaki brand. As a responsible importer, assembler and distributor of Kawasaki motorcycles in Malaysia, we are dedicated in providing motorcycles of outstanding quality and value.

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. is announcing a proactive recall program of the model year 2016 and 2017 Ninja ZX-10R ABS and Ninja ZX-10RR for replacement of transmission gear only. The repair consists of replacing the 2nd, 3rd & 4th output gears and the 2nd input gear in the transmission.

This activity will be performed Free of Charge (for replacement of component parts only). Estimated time required to inspect and to install the parts is approximately around 4 hours.

Do call our customer service representative, Ms. Hazwani at 03-5566 5725 for an appointment.

Our customer service line is open

Monday to Thursday:
9:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday:
9:00 am to 12:30 pm & 2:30 pm to 5:00 pm

We appreciate your continuous support as we are fully committed towards our customers’ satisfaction on Kawasaki products and for you to enjoy riding your motorcycle.

Thank you.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pemberitahuan berkenaan panggilan semula motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R ABS dan ZX-10RR yang telah dikeluarkan dari tahun 2016 hingga 2018, anda boleh layari laman sesawang rasmi KMSB dengan menekan DI SINI.

Panggilan Semula Kawasaki Ninja ZX-10R Sedang Berlaku Di Amerika Syarikat – Kotak Gear Mungkin Rosak?