Kemunculan sebuah motosikal terbang telah mengemparkan warga Thailand. Kejadian ini berlaku apabila sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan tidak semena-mena tersangkut pada kabel elektrik. Kemalangan itu telah berlaku di wilayah Surin.
Author: Zarul Faiz
Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan. Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).
Generasi terkini model Vespa Sprint 150 ABS telah dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan saudaranya, model Primavera 150 dan GTS 300 SuperSport. Model Vespa paling sporty ini didatangkan dengan enjin satu silinder i-Get 155cc terkini yang menawarkan prestasi dan tahap penggunaan bahanapi yang memuaskan. Di sini kami ingin menjawab persoalan sama ada model Sprint 150…
Peragut bermotosikal adalah satu masalah yang besar dalam negara. Di mana masalah ini sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, ada cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ragut. Cara terbaik adalah untuk mengurangkan peluang bagi mereka untuk bertindak.
Motosikal Honda CB1000R adalah model utama dalam rangkaian Neo Sports Café Honda. Ia menawarkan pengendalian yang hebat untuk penunggangan harian. Penunggang baharu dengan mudah boleh belajar menunggangnya dan tidak akan cepat berasa bosan.
Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya. Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba. Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”
Motosikal Harley-Davidson FLHT Electra Glide 2019 telah dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri asas yang ada pada model rangkaian Electra Glide kecuali untuk stereo dan pelana dan tempat letak kaki pembonceng. Harley mengatakan yang motosikal ini menawarkan ‘pengalaman mengembara yang lebih sejati’.
Erik Buell telah kembali menghasilkan basikal dan motosikal elektrik. Syarikat baharunya itu diberi nama Fuell. Motosikal elektrik itu telah diberi nama “Flow”, manakala nama bagi basikal tersebut adalah “Fluid”.
Harley-Davidson telah membeli syarikat StaCyc dan akan memperkenalkan basikal elektrik ‘e-Push’ untuk kanak-kanak. Basikal itu dengan itu akan dijenamakan sebagai Harley-Davidson. Terdapat dua buah model dengan ketinggian yang berbeza akan diperkenalkan untuk kanak-kanak.