Untuk Dijual: Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden!

  • Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan.
  • Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK.
  • Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).

Anda ingin memiliki sebahagian daripada satu sejarah dan juga merupakan sebuah jentera perlumbaan berspesifikasi WorldSBK yang amat berkebolehan sekali? Bagi memperingati mendiang juara dunia MotoGP, Nicky Hayden, pasukan Ten Kate Racing Team akan menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 tunggangan Legenda MotoGP berkenaan untuk jualan dan ianya amat mengagumkan.

Dan ini bukanlah motosikal Fireblade SP2 yang dihasilkan sebagai replika bagi jentera tunggangan Nicky Hayden sewaktu persaingan dalam kejohanan WorldSBK. Jentera ini adalah jentera SEBENAR yang telah ditunggang oleh Nicky dalam berbilang perlumbaan bersaing dengan antara penunggang terhebat dalam kancah perlumbaan motosikal. Dilengkapi dengan komponen serta peralatan yang tulen, ianya salah satu cara yang sudah pasti akan dapat menarik perhatian ramai di hari litar.

Para peminat Nicky Hayden boleh memiliki sebahagian dari sejarah ini sebagai sebahagian daripada koleksi teramat mahal mereka kerana harga permulaan bagi jentera WorldSBK Nicky Hayden yang telah dibina oleh Ten Kate Racing ini adalah €95,000. Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia ianya adalah sekitar RM436,538! Dan ini adalah sebelum dikira kos penghantaran dan pelbagai kos lain yang perlu ditanggung bagi memastikan jentera yang menakjubkan ini sampai ke tanah air kita.

Dari segi spesifikasi, motosikal ini didatangkan dengan casis dan nombor enjin yang sepadan beserta dengan kelengkapan yang sepadan satu jentera. Spesifikasi sebenar yang telah digunakan oleh Nicky Hayden untuk jentera perlumbaannya adalah kit enjin TKR/ Cosworth, pakej elektronik Cosworth, suspensi spesifikasi WorldSBK Öhlins, brek spesifikasi WolrdSBK Nissin + Yutaka, lengan ayun TKR, roda Marchesini, sistem ekzos spesifikasi WolrdSBK Akrapovic, dan bermacam-macam lagi.

Dilabel sebagai “absolute showroom stage” olehTen Kate Racing (keadaan yang dikekalkan setiap kali motosikal ini keluar untuk setiap sesi atas litar), pemilik akan datang model Honda ini juga akan menerima sijil pengesahan bagi memastikan ketulenannya. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hantarkan emel anda kepada encik Kervin Bos di alamat [email protected].

MotoGP: Nombor 69 Akan Dibersarakan Sebagai Penghormatan Buat Nicky Hayden

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.