Gambar Motosikal Triumph Street Scrambler 1200cc Tersebar?

Gambar intipan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah Triumph Street Scrambler 1200cc telah pun tersebar di atas talian. Motosikal Street Scrambler yang baru itu dikatakan mempunyai enjin berkembar selari 1200cc yang lebih besar, mirip seperti yang digunakan pada motosikal Bobber. Ciri menarik yang lain termasuklah brek Brembo, fork terbalik Showa, penyerap hentakan belakang Ohlins, dan…

Honda Forza 300 2018 Yang Dperkemaskini Diperkenalkan

Skuter Honda Forza 300 2018 yang baru telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Diperkemaskini dengan casis yang lebih ringan serta rekabentuk yang lebih ‘sporty’, skuter Forza 300 yang baru ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat dalam segenap aspek. Ciri-ciri lain termasuk kawalan cengkaman, lampu LED sepenuhnya, sistem Smart Key, ABS dwi saluran, dan bermacam-macam lagi.

Cagiva Sedia Untuk Kembali Pada 2019

Berita yang telah tersebar dalam dunia permotosikalan telah mengandaikan kemunculan semula pengeluar dari Itali, Cagiva pada tahun 2019. Dimiliki oleh MV Agusta pada ketika ini, Cagiva akan dihidupkan semula sebagai jenama yang mengeluarkan motosikal elektrik. Model terbaru mereka akan dipersembahkan pada lewat tahun ini (kemungkinan paling cerah adalah sewaktu acara EICMA 2019).

Denda RM100,000 Atau Penjara Lima Tahun Untuk Bunyi Ekzos Bising!

Pemilik motosikal dengan ekzos yang lantang mungkin akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Alam Sekitar. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sebagai salah satu cara menangani masalah mat rempit. Sebarang pengubahsuaian ekzos melebihi had 75dB (desibel) dianggap…

Tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018 Dipratontonkan Di Malaysia!

Tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018 telah dipratontonkan pada hujung minggu lalu sewaktu seminar taklimat produk Pirelli. Seminar ini telah diadakan di Passion Shop Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Tayar Diablo Rosso Corsa II Underbone ini merupakan tayar yang dihasilkan untuk kegunaan perlumbaan professional dan pada masa yang sama, sah untuk kegunaan…