Tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018 Dipratontonkan Di Malaysia!

  • Tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018 telah dipratontonkan pada hujung minggu lalu sewaktu seminar taklimat produk Pirelli.
  • Seminar ini telah diadakan di Passion Shop Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur.
  • Tayar Diablo Rosso Corsa II Underbone ini merupakan tayar yang dihasilkan untuk kegunaan perlumbaan professional dan pada masa yang sama, sah untuk kegunaan jalan raya dengan cengkaman tahap tinggi sewaktu cuaca kering dan juga basah.

Sewaktu berlangsungnya seminar “Pirelli Product Briefing 2018”, yang telah dianjurkan baru-baru ini di Passion Shop Malaysia, Pirelli telah menghadiahkan para hadirin dengan sebuah pratonton istimewa bagi produk terbaru mereka yang bakal tiba, Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018. Tayar perlumbaan professional gred premium terkini mereka itu telah dibangunkan khusus untuk motosikal berkapasiti kecil.

Taklimat produk Pirelli tersebut telah dianjurkan oleh Pengurus Pemasaran Perdagangan & Pengguna Pirelli, Flavia Maffeis. Bermula dengan kisah latarbelakang sejarah Pirelli yang menarik, yang telah bermula dari tahun 1872, seminar tersebut berakhir dengan satu penyampaian istimewa produk Pirelli terkini termasuklah, tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Dianggap sebagai penanda aras baru bagi perlumbaan motosikal ‘underbone’, tayar yang baru itu telah membuat kemunculan sulungnya beberapa bulan yang lalu di Indonesia, di mana para penunggang cub prix dalam negara itu telah memberikan maklum balas yang amat positif mengenainya. Tayar perlumbaan professional yang baru ini disukai ramai di atas kebolehannya untuk mencapai tahap suhu optimum dengan pantas, membekalkan cengkaman dan prestasi yang menakjubkan walaupun dalam keadaan cuaca basah.

Berbanding dengan tayar perlumbaan lain yang dihasilkan di Indonesia, penunggang cub prix negara tersebut telah berjaya mencatat masa pusingan dua saat lebih pantas sewaktu menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone yang baru itu sewaktu pelancarannya. Ingin tahu apakah yang lebih menyeronokkan lagi? Tayar ini akan tiba di Malaysia pada bulan hadapan dan ianya juga SAH DIGUNAKAN DI ATAS JALAN RAYA!

Dengan DNA ‘sporty’ yang telah diambil terus dari rangkaian tayar Diablo Supercorsa yang digunakan dalam siri perlumbaan WorldSBK dan siri-siri perlumbaan terkemuka yang lain, intipati yang menjadikannya sebuah tayar yang mengagumkan telah mengalir pada tayar Diablo Rosso Corsa II Underbone ini. Ianya termasuklah kepadatan jalur benang tayar, sebatian kompaun, profil dan prestasi. Inginkan tayar gred WorldSBK untuk motosikal berkapasiti kecil anda? anda berada di tempat yang betul!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II Underbone 2018, TEKAN SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.