Guy Martin Akan Berlumba Semula!

Guy Martin sedang merancang untuk menyertai kembali kancah perlumbaan jalan raya pada tahun ini. Penunggang kelahiran Kepulauan British yang berusia 36 tahun tersebut akan mengambil bahagian dalam acara perlumbaan jalan raya Cookstown 100 dan Tandragee 100 yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Bertanding dalam kelas ‘Forgotten Era’, Guy akan mengemudi motosikal BSA klasik miliknya sendiri.

AGV Perkenalkan Helmet ‘Flip-Up’ Karbon Fiber Sepenuhnya Yang Pertama Di Dunia, AGV Sportmodular 2018!

AGV telah memperkenalkan AGV Sportmodular 2018, helmet ‘flip-up’ karbon fiber sepenuhnya yang pertama di dunia. Dengan berat hanya 1,295 gram, helmet modular terbaru AGV ini direka dengan tahap keselamatan, rekabentuk, dan fungsi yang tinggi. Dengan tahap keselamatan yang setanding helmet tercanggih mereka, AGV Pista GP R, helmet ini telah ditetapkan hanrganya pada $749 (kira-kira RM2,896)…

Mugen Shinden Nana Diperkenalkan Bagi Mempertahankan Kejuaraan Isle of Man TT Zero!

Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini. Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork. Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.

Seorang Lelaki Buta Menunggang Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R Miliknya Selaju 266km/j!

Ben Felten, dari Australia, telah menunggang motosikal Kawasaki Ninja ZX-10Rnya dan memecahkan rekod dunia menunggang dengan memakai penutup mata. Penunggang berusia 50 tahun itu telah kehilangan daya penglihatannya pada usia 37 tahun, namun, ianya tidak memudarkan semangatnya. Cubaan memecah rekodnya itu telah dilakukan di acara “World Speed Trials Australia 2018”, di mana dia telah menunggang…

Motosikal Suzuki Hayabusa Janaan Stim?

Sebuah motosikal Suzuki Hayabusa janaan stim sedang merancang untuk memecahkan rekod kelajuan atas darat bagi motosikal janaan stim terpantas dunia pada tahun ini. Dibina oleh Chris Wegewood dari Isle of Man, motosikal stim tersebut dirancang untuk mencapai kelajuan sehingga 193km/j. Motosikal Hayabusa yang telah diubahsuai itu dijana oleh sebuah enjin stim kompleks yang menghasilkan sehingga…

“Let’s Talk Modenas Bajaj” Akan Berlangsung Pada 14 April 2018 Di Pulau Pinang

Modenas dengan kerjasama Bajaj akan menganjurkan satu program interaksi “Let’s Talk Modenas Bajaj” di Pulau Pinang pada 14 April 2018. Ke semua pemilik motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang berada di wilayah utara dijemput hadir. Program interaksi kali ke-empat mereka itu akan diadakan di Dewan Seminar Restoran Pelita yang terletak di Autocity, Juru,…

Kemunculan Sulung Kawasaki Ninja H2 SX 2018 Di Malaysia Pada Bulan Mei – RM150,000?

Ada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bahawa motosikal Kawasaki H2 SX 2018 mungkin akan tiba di Malaysia pada bulan Mei tahun ini. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) pernah mengumumkan sebelum ini yang ianya akan memperkenalkan motosikal tersebut pada suku kedua tahun 2018. Bagi harganya pula, kami andaikan yang ianya akan berada di sekitar paras RM150,000.