Aprilia Lancar Skuter Maxi SR MAX 250 HPE Di China – 25HP, 21.6Nm

Jenama motosikal Itali, Aprilia, telah pun memperkenalkan skuter maxi SR MAX 250 HPE di China. HPE merujuk pada High Perfomance Edition yang sekaligus memberi tumpuan kepada naik taraf prestasi enjin. Berdasarkan info dikongsikan, SR MAX 250 HPE ini dikuasakan enjin satu silinder 244cc 4-lejang dengan penyejukan cecair yang menjana 25hp dan 21.6Nm. Skuter maxi ini…

Honda Bakal Perkenal Empat Model 750cc Baharu, CBR750RR Tersenarai

Umum mengetahui bahawa Honda bakal memperkenalkan beberapa model bernadikan enjin 750cc tidak lama lagi. Model dimaksudkan itu adalah Transalp 750 serta Hornet 750 dengan kedua-duanya telah pun disahkan menerusi dokumen dan tanda nama yang telah pun difailkan Honda di beberapa negara di Eropah dan Asia. Bagaimanapun, laporan terkini daripada majalah motosikal Jepun, Young-Machine mendakwa Honda…

Yamaha Tracer 9 GT 2023 Dapat Sistem Radar – Tawar Fungsi ‘Adaptive Cruise Control’

Yamaha bakal menaik taraf Tracer 9 GT dengan teknologi radar Bosch bagi tahun 2023. Teknologi tersebut merupakan yang sama terdapat pada Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure. Menurut laporan media Jerman, Motorrad, sebuah Yamaha Tracer 9 GT telah pun dikesan menjalani ujian di negara itu baru-baru ini. Berdasarkan gambar ‘spy shot’ yang berjaya…

Benelli Jenama Motosikal Paling Laris Di Itali

Benelli memulakan kempen 2022 dengan langkah kanan apabila muncul sebagai jenama motosikal paling laris di Itali bagi separuh pertama tahun ini. Menurut syarikat itu, sebanyak 8,522 unit motosikal berjaya dijual di negara itu dari Januari hingga Jun. Angka tersebut menyaksikan Benelli merekodkan peningkatan jualan lebih enam peratus berbanding tempoh sama pada 2021. Bagaimanapun, pencapaian terbesar…

CFMOTO 800MT Touring Dibuka Untuk Tempahan – 95HP, RM53,800

Selepas dilancarkan sekitar Jun tahun lalu, CFMOTO 800MT kini dibuka untuk tempahan di pasaran Malaysia. Menurut info yang diperolehi, motosikal ‘adventure touring’ ini ditawarkan pada harga RM53,800 (sebelum cukai dan insurans) dan model tersebut dijangka akan tiba sekitar bulan September atau Oktober. Membuat penampilan sulung ketika di Beijing Motor Show 2021, 800MT merupakan motosikal ADV…

MotoGP: Bagnaia Kemalangan Kereta Di Ibiza, Polis Kesan Paras Alkohol Tinggi

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terlibat dalam kemalangan kereta di Ibiza, Sepanyol pada pagi Selasa. Menurut laporan akhbar Sepanyol, kereta dipandu Bagnaia hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. Bagaimanapun, pelumba Itali itu kemudiannya menjalani ujian pernafasan alkohol (ujian breathalyzer) dan mendapati kandungan alkohol dalam badannya adalalah lebih tinggi dari yang ditetapkan. Untuk rekod, had ditetapkan…

Jualan Ducati Malaysia Naik 30 Peratus Setakat Mei 2022

Meskipun pasaran motosikal dunia terjejas dengan isu semikonduktor yang sekaligus memberi impak terhadap aspek pengeluaran dan harga, namun permintaan terhadap motosikal Ducati terus meningkat di Malaysia. Bukan itu sahaja, ketika negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ducati Malaysia, dibawah kendalian Dennis Michael berjaya memastikan permintaan terhadap motosikal jenama Itali itu…

Kawasaki Lancar Ninja 1000SX Baharu 15 Julai Ini

Kawasaki bakal memperkenalkan generasi baharu Ninja 1000SX untuk pasaran global bulan ini. Generasi terbaru Ninja 1000SX itu merupakan jawapan Kawasaki bagi menandingi GSX-S1000GT yang diperkenalkan Suzuki hujung tahun lalu. Selama ini, motosikal ‘sports tourer’ itu sering diposisikan di antara ZX-10R dan Versys 1000 kerana menawarkan ciri jentera touring namun dengan kuasa seperti sebuah superbike. Bagaimanapun,…

WMoto Xtreme 150i SE 2022 Diperkenalkan – RM10,688

WMoto Xtreme 150i merukan skuter ‘urban adventure’ yang dipasarkan di Malaysia sekitar Julai 2021 menerusi pengedar rasmi MForce Bike Holdings. Setelah tepat setahun motosikal itu dipasarkan di Malaysia, MForce kini memperkenalkan WMoto Xtreme 150i Special Edition (SE) yang menampilkan pilihan warna Vibrant Green. Namun, selain daripada pilihan warna baharu untuk tahun 2022, tiada perubahan dari…