Benelli Jenama Motosikal Paling Laris Di Itali

Benelli memulakan kempen 2022 dengan langkah kanan apabila muncul sebagai jenama motosikal paling laris di Itali bagi separuh pertama tahun ini.

Menurut syarikat itu, sebanyak 8,522 unit motosikal berjaya dijual di negara itu dari Januari hingga Jun.

Angka tersebut menyaksikan Benelli merekodkan peningkatan jualan lebih enam peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Bagaimanapun, pencapaian terbesar adalah muncul sebagai jenama motosikal paling laris di Itali meskipun berdepan nama besar antaranya Ducati, Aprilia, MV Agusta dan Moto Guzzi.

Ini bermakna meskipun ada yang melabel Benelli sebagia “motosikal China” – kerana dimiliki QJ Motor – namun ternyata peminat motosikal di Itali meminati jenama itu yang masih mempunyai ibu pejabat di Pesaro, Itali.

Namun penyumbang terbesar terhadap angka jualan memberangsangkan itu jatuh kepada model ‘adventure touring’ TRK 502.

Benelli TRK 502 muncul model paling popular dengan 4,436 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh enam bulan pertama 2022.

Bagi sebuah motosikal ADV bersesaran 500cc, pastinya permintaan tinggi terhadap TRK 502 disumbang boleh tanda harga yang lebih mampu milik berbanding jenama Itali lain.

Bukan itu sahaja, permintaan tinggi bagi jenama Benelli di Itali pastinya secara tidak langsung membuktikan bahawa jenama itu sudah cukup diyakini di Eropah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]