Yamaha RXZ 2009 Ini Untuk Dijual – Rim GTO Ori, RM180,000

Setiap minggu ada sahaja berita mengenai sebuah Yamaha RXZ untuk dijual dengna harga yang tinggi. Terbaru, sebuah akaun di Facebook, NA Blasting, Tyres & Services mengiklankan sebuah motosikal RXZ tahun 2009 untuk dijual. Apa yang mencuri perhatian adalah tanda harga yang disertakan, dengan si penjual meminta harga RM180,000. Menerusi perkongsian tersebut, model Yamaha RXZ 2009…

RASMI: Ducati Pilih Enea Bastianini

Ducati akhirnya membuat keputusan dengan mengumumkan Enea Bastianini sebagai gandingan baharu Francesco Bagnaia bagi saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023. Keputusan itu dilihat agak mengejutkan tatkala pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu sebelum ini. Ini sekaligus menyaksikan Martin akan terus kekal bersama Pramac bagi musim 2023. Ducati mengambil…

Yamaha XSR 900 GP Dalam Pembikinan, Lancar 2023?

Yamaha didakwa akan memperkembangkan portfolio enjin tiga silinder 890cc CP3 dengan sebuah modelbaharu. Dakwaan tersebut dikemukakan media Jepun, Young Machine yang melaporkan Yamaha sedang membangunkan model XSR 900 GP.  Seperti kebiasaan, Young Machine sememangnya terkenal dengan mendedahkan model baharu yang akan dikeluarkan ‘The Big Four’ (Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki). Setakat ini, tiada lagi tembakan…

Yamaha XMax 250 Kini Tampil Dengan Warna Merah Dan Hijau Matte – RM22,298

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi skuter maxi, Yamaha XMax 250. Menurut HLYM, XMax 250 2022 tampil dua warna baharu, Red dan Matte Green. Kedua-dua warna itu merupakan warna yang telah diperkenalkan Yamaha Japan beberapa minggu lalu.  Bagaimanapun, Yamaha XMax 250 2022 ini kekal dengan rekaan dan ciri sama.  Pada masa…

(KEMAS KINI) GIVI MS35.0 Scudo Dilancarkan – Dari RM365

GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan helmet terbaru, GIVI MS35.0 Scudo untuk pasaran tempatan. Menariknya, MS35.0 Scudo ini merupakan helmet jet pertama di Malaysia yang mencapai standard keselamatan terbaru Eropah, ECE22.06. Bagi mencapai standard ECE22.06, setiap helmet perlu menjalani ujian lebih lasak termasuk ujian penembusan, impak berkelajuan tinggi dan rendah serta impak di bahagian kiri, kanan…

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sport Tiba Di Malaysia – RM117,888

Boon Siew Honda dengan rasminya memperkenalkan Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sport 2022 yang tampil dengan beberapa naik taraf terbaru. Bagi tahun 2022, Honda telah mengemaskini sistem transmisi DCT (dual-clutch transmission)  yang menyaksikan gear 1 dan 2 kini lebih lancar sekaligus memudahkan kawalan pada kelajuan rendah. Sistem operasi HSTC (Honda Selectable Torque Control) juga telah…

Pra-Pelancaran WMOTO XDV 250i Selesai, Lancar Tak Lama Lagi

Umum mengetahui bahawa MForce Bike Holdings tidak lama lagi akan memperkenalkan sebuah skuter urban ADV bernadikan enjin 250cc untuk pasaran tempatan. Khabar angin untuk motosikal itu telah pun bertiup kencang dengan pihak MForce juga pernah mendedahkan ‘teaser’ skuter tersebut. Beberapa pengedar rasmi juga telah mula mengiklankan tempahan bagi skuter serba baharu itu. Dalam perkembangan terbaru,…

Benelli TRK 702 Lancar Di China – Dilengkapi Kamera HD, 75HP

Benelli telah pun memfailkan tanda nama TRK 702 sekitar April lalu sekaligus mengesahkan kedatangan motosikal ‘adventure’ yang lebih besar selain TRK 502. Memasuki bulan Ogos, jenama motosikal Itali-China itu dengan rasminya melancarkan Benelli TRK 702 di China.  Seperti TRK 502 yang mencapai status selaku motosikal paling popular di Itali, Benelli mengharapkan TRK 702 juga mampu…

Kod Nama XL750 Transalp Sahkan Kembalinya Model Ikonik Honda

Bagi yang mengikuti rapat perkembangan Honda kebelakanga ini, pastinya anda mengetahui bahawa pengeluar motosikal Jepun itu akan menghidupkan semula model Transalp. Honda juga telah memfailkan nama Transalp di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Kedatangan Transalp sudah pun dijangka dengan Honda ketandusan motosikal ‘adventure touring’ dengan kapasiti enjin pertengahan berbanding pengeluar lain dalam…